[Video] Pintu Kereta Terbuka, Anjing Tiba-tiba Masuk Siap Tekan Hon Bikin Gelabah

Hanya yang pernah mengalami saja yang tahu betapa panik dan takutnya bila dikejar oleh anjing. Ketika itu, adrenalin terus meningkat sehingga membuatkan seseorang ‘sukar’ untuk mencari tempat berlindung dari terus dihambat oleh haiwan itu.

Apa y4ng lebih m3nakutkan adalah apabila anjing itu mul4 tidak terkawal dan menggig1t, ia boleh membuatkan sesiapa saja trauma dengan haiwan tersebut.

Semalam, tular satu video yang memaparkan detik-detik cemas yang dilalui oleh beberapa orang gadis setelah kereta yang dinaiki mereka ‘dikunjungi’ oleh seekor anjing.

Pun begitu, di sebalik situasi yang genting itu, warganet sebenarnya turut terhibur melihat video itu kerana ‘kenakalan’ anjing tersebut yang masuk ke dalam kereta dan siap membunyikan hon.

“Anjing bergurau pulak”

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikTok @ainasyzwna14 itu, gadis-gadis tersebut dilihat sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam kereta sebelum seekor anjing datang dan tiba-tiba meluru ke arah pintu kereta.

Tindakan anjing tersebut membuatkan suasana di situ menjadi gamat dengan suara jeritan dan hon kereta.

Orang ramai yang berada di situ turut bergegas ke kereta tersebut untuk membantu bagi mengeluarkan anjing tersebut.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan untuk keluar membeli barang, semalam.

Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh dengan mengatakan bahawa anjing tersebut mungkin sudah lama teringin untuk menaiki kereta.

Sumber: TikTok @ainasyzwna14 | SiakapKeli

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!