Buat live niaga, Amar Ashraf sebak Zizan beli sambal & baju sedekah kepada orang lain

Ketika p4ndemik ini, memang ramai yang terk3san memand4ngkan pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan. Bukan hanya sektor perniagaan, industri seni juga mengalami nasib sama susulan segala bentuk pengambaran tidak dibenarkan.

Ramai selebriti dan jug4 krew belakang tabir terpaksa bekerja keras untuk mencari pekerjaan lain sementara menanti pengambaran dibenarkan semula.

Salah se0rang yang mencari inisiatif lain untuk menambah pendapatan adalah akt0r drama, Amar Asyraf yang tidak segan berniaga pelbagai produk termasuklah melakukan IG live untuk mempromosikan jualannya.

Sebak dengar Zizan borong sambal & baju

Dia yang dilihat sudah berhijrah menjadi lebih baik apabila kerap keluar berdakwah mengikuti aktiviti jemaah tabligh sememangnya sering membuat IG live untuk berniaga telah mendapat ‘kejutan’ apabila ramai rakan artis tampil memberikan sokongan.

Antaranya ialah pelawak terkenal, Zizan Razak yang memasuki IG live Amar dan memaklumkan ingin memberikan Rm1,000 dengan membeli baju serta sambal jualan pelakon tersebut sebelum meminta Amar menginfakkan produk-produk yang dibelinya kepada orang ramai.

Terima kasih kepada Zizan & rakan2 artis yang lain
Bukan itu sahaja, Amar juga dilihat sebak apabila rakan-rakannya sudi membantu lebih-lebih lagi ketika pandemik ini dan dalam masa yang sama melakukan kebaikkan kepada orang lain.

Justeru itu, pelakon yang pernah popular sebagai hero drama Setia Hujung Nyawa berkenaan telah menulis kapsyen berterima kasih kepada beberapa lagi rakan artis termasuklah Zizan Razak. Dia juga bersyukur kerana Allah S.W.T menghantar orang-orang baik bersamanya ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

Sehubungan dengan perkongsian yang dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @alif.najmi_, rata-rata telah memuji tindakan Zizan yang membantu rakan-rakan untuk menambah pendapatan.

Bukan hanya membantu menaikan views Amar Asyraf, dia turut sama-sama berkongsi rezeki dengan membeli baju & sambal yang dijual pelakon tersebut untuk diberikan semula kepada orang lain.

” Respect artis yang  macam ni ”

” Patutla ramai suka Zizan ”

“Saling tolong menolong. Semoga murah rezeki”

“Sebak tengok macam ni”

“Seronok tengok ramai yang berubah”

“Ini bukan duit saya, ini duit Allah”

Sumber: Instagram Amar Asyraf, TikTok @alif.najmi_ | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!