Kerap ‘sembang’ isu tolak v4ksin, Instagram Suhaimi Saad kena sekat

Nama Suhaimi Saad rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Bekas penyanyi nasyid ini sememangnya sangat lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan isu v4ksin di media sosial.

Boleh kata setiap hari ada sahaja hantaran yang d1 buat terutamanya di Instagram menyentuh perihal v4ksin yang tidak diyakini olehnya.

IG kena sekat
Namun begitu, menerusi Facebook Suhaimi atau dikenali seb4gai Mosus, dia memaklumkan yang Instagramnya telah disekat selama 30 hari.

Tapi tak kisah pun
Penyekatan yang berlaku boleh jadi disebabkan posting yang kerap kali dibuat menyentuh tentang v4ksin dan menyampaikan dakyah anti v4ksin sehingga menjadi perdebatan di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut juga, Mosus sempat memaklumkan yang dia langsung tidak kisah berkenaan sekatan yang dilakukan pihak Instagram keatas akaunnya.

Kena report dengan orang ramai
Dalam muat naik sebelumnya, Mosus ada memaklumkan yang Instagramnya disekat berkemungkinan kerana ada orang-orang Islam yang membuat aduan kerana dia sering berkongsi perihal v4ksin dan ‘kantoikan’ kerajaan.

Jadi, media s0sialnya itu telah disekat selamat 30 hari bermula dari akhir Ogos yang lalu.

Terdahulu, Suhaimi ada menzahirkan rasa ‘hormatnya’ kepada 779 guru di Johor apabila enggan mendapatkan v4ksin. Dia juga dengan lantang memberitahu yang hanya orang-orang yang ‘bodoh’ sahaja mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, dia sekali lagi dikecam oleh warganet yang tidak setuju dengan kenyataan kasar dikeluarkan bekas penyayi nasyid kumpulan In-Team berkenaan.

Sumber: Facebook Mosus | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!