“Ada harapan rentas negeri, tapi saya minta sabar sekejap lagi” -KJ

Sudah hampir setahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri jika tiada urusan mustahak seperti kematian atau kecemasan disebabkan pandemik.

Jadi, keben4ran untuk merentas negeri merupakan satu khabar yang sangat ditunggu-tinggu 0leh rakyat Malaysia terutamanya yang sudah berbulan-bulan tidak pulang ke kampung halaman.

Kerajaan sedang mempertimbangkan
Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihak kerajaan sedang dalam proses mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan. Jadi, beliau berharap rakyat Malaysia supaya bersabar untuk sedikit masa lagi.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.
“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang v4ksinasi rendah sedikit,” katanya.

Tambah KJ, beliau menjangkakan bahawa pada akhir September nanti, semua negeri akan mencapai nilai ambang sebanyak 60 peratus bagi individu dewasa yang sudah div4ksin.

Oleh itu, tidak lama lagi rentas negeri mungkin dibolehkan asalkan rakyat Malaysia terus bersabar untuk seketika.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media.

Sumber: Utusan Malaysia (Maisarah Sheikh Kasim) | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!