Ketua ajaran PMYT ditahan, polis jumpa resit bank dana lebih RM80k dari pengikut

Sejak beberapa minggu ini, gempar di media sosial berkenaan satu aj4ran yang disifatkan menyeleweng iaitu Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) diketuai 0leh seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur, 39.

Sittah Annur atau Masitah Ab Jalar telah membuat ‘kec0h’ susulan kenyataannya yang meramalkan akan ada Perang Dunia Ketiga yang bermul di Sabah.

0leh sebab itu, kedudukan dan pergerakan wanita itu telah berada dalam radar pihak polis dan awal pagi Sabtu, dia telah ditahan di rumahnya di Shah Alam.

Temui resit bank pemindahan duit lebih Rm80,000
Menerusi Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berjaya menemui satu resit transaksi ke akaun banknya melibatkan jumlah duit yang agak besar iaitu RMRM84,721.42.

Selain itu, pihak polis juga telah merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.

“Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.”
“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Akan direman selama 4 hari
Difahamkan, wanita tersebut akan direman selama empat hari iaitu sehingga 7 September 2021.

Disamping itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pihak mereka sedang menjalankan siasatan terhadap Facebook Sittah Annur ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran PMYT.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad S.A.W.”
“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya.

Sebelum ini, video wanita asal Kelantan yang menetap di Shah Alam itu membuat ramalan berkenaan Perang Dunia Ketiga yang kononnya akan berlaku di Sabah dan dia menjadi pemimpin pasukan bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan para musuh telah tular di media sosial.

Tak hanya itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara sedar dengan Nabi Muhammad S.A.W bagi merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Malah wanita tersebut juga dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Sumber: Harian Metro (Skuad Khas Harian Metro) | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!