Sangka ‘Duit Tarik’ Sudah Termasuk Harga Kek, Perbualan Penjual Sama Pembeli Ini Buat Netizen Terhibur

Sejak 4khir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi trend buat orang ramai dalam membuat majlis hari lahir atau kejutan kepada yang tersayang dengan menggunakan ‘kek tarik duit’.

Untuk pengetahuan, kek tarik duit merup4kan sebuah kek yang disediakan sebuah lubang kecil dan disertakan dengan wang pada bahagian dalam kek membolehkan pelanggan dapat menariknya satu per satu.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila perbualan seorang penjual kek di Instagram @nelly_atan yang menawarkan kek tarik duit ini tular di media sosial selepas menerima seorang pelanggan yang kurang faham dengan harga kek yang ditawarkan.

Kisahnya bermula apabila penjual kek ini memaklumkan h4rga kek seterusnya bertanyakan kepada pelanggan beliau juml4h yang ingin dimasukkan dalam kek berkenaan. Pelanggan beliau kemudiannya memaklumkan ingin menyertakan RM1,000 ke dalam kek berkenaan.

Situasi menjadi agak lucu apabila pelanggan berkenaan terkejut selepas dimaklumkan jumlah kek berkenaan bernilai RM1,230 selepas beliau beranggapan beliau hanya perlu membayar RM230 sahaja bagi mendapatkan kek d3ngan wang RM1,000 tersebut.

Situasi yang berlaku membuatkan perbincangan ini dimuat naik di media sosial sekaligus membuatkan para netizen terhibur. Berikut merupakan respon netizen terhadap perbualan antara penjual kek bersama pelanggan beliau. Tidak kurang juga yang berpendapat pelanggan tersebut menyangka duit palsu yang dimasukkan dalam kek berkenaan.

Juga berjaya mendapat perhatian Shopee

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shopee Malaysia (@shopee_my)

Tidak hanya para netizen yang terhibur, isu ini nampaknya turut mendapat perhatian Shopee yang hadir dengan sebuah infografik menerusi isu yang berlaku.

Tularnya isu ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai terhadap konsep bayaran kek tarik duit di mana wang yang disertakan adalah berasingan dengan harga kek.

Sumber : Instagram @nelly_atan | TheVocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!