[VIDEO] Sumbang pingat emas ke-2 negara, Cheah Liek Hou sebak nyanyi lagu Negaraku

Sebentar tadi, kita telah mendapat khabar yang gembira dari bumi Tokyo apabila atlet negara dalam acara parabadminton Paralimpik Tokyo 2020 telah menghadiahkan sebutir lagi pingat emas.

Cheah Liek Hou yang memenangi final parabadminton apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Ahli keluarga turut sebak
Menerusi Astro Arena, Cheah Liek Hou sempat membuat panggilan video bersama ahli keluarganya yang begitu sebak dengan kejayaan yang diraih atlet tersebut. Sedutan temubual ringkas berkenaan telah dimuat naik semula warganet ke laman Twitter.

Menangis diumumkan pemenang pingat emas
Menurutnya, dia hanya mahu melepaskan segala tekanan ketika bermain d4n berasa sangat lega seusai menggenggam pingat emas memandangkan sudah lama menahan pelbagai tekanan sepanjang bergelar atlet.

Dia akui turut menangis dan memeluk jurulatih apabila berjaya menewaskan lawannya.

Ramai yang sebak sama
Selain itu, ketika upacara pemberian pingat, bukan h4nya Cheah Liek Hou sahaja yang berlinang air mata sewaktu lagu Negaraku berkumandang di Jepun, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang menonton turut s4ma sebak dengan situasi yang sangat membanggakan tersebut.

Dapat dilihat wajah Cheah Liek Hou yang begitu sebak ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku yang sudah pasti akan diingati sampai bila-bila.

Kejayaan atlet parabadminton ini menjadi emas kedua Malaysia selepas atlet angkat berat Bonnie Bunyau memperoleh pingat tersebut untuk kategori 72kg tempoh hari.

Sumber: Twitter @Astro Arena, Haneyy__ | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!