Tular Video Taliban ‘Hukum G4ntung’ 0rang Bawah Helikopter, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Sebuah video telah beredar di laman sosial yang menunjukkan puak Taliban telah bertindak menggantung seseorang di bawah helikopter Black Hawk milik Amerika Syarikat dan menerbangkannya di ruang udara Afghanistan. Sejak itu, video ini telah mencipta naratif lain dan menunjukkan betapa ‘kej4mnya’ Taliban.

Video itu tular apabila dimuat naik oleh Liz Wheeler, seorang penulis dan pemerhati politik Amerika Syarikat di akaun Twitter miliknya. Sejak itu video itu telah ditonton oleh berjuta orang dan semuanya memberi reaksi yang kurang senang dengan tindakan Taliban yang kononnya menghukum 0rang yang tidak sehaluan dengan mereka. “Sekiranya ini terjadi… Taliban menggantung seseorang dari Blackhawk Amerika… saya boleh muntah. Joe Biden bertanggungjawab,” katanya.

Video tersebut kemudiannya tular dan terus diperkatakan oleh netizen, “Joe Biden berhak mendapat kredit ker4na menyediakan Taliban dengan 33 helik0pter Black Hawk UH-60 yang memerlukan mereka 4-5 hari untuk belajar bagaimana terbang dan kini menggantung orang awam yang tidak bersalah untuk dilihat oleh dunia.”

Manakala ciapan itu turut sampai kepada beberapa wartawan, “Satu lagi imej penting yang membawa dunia dalam era keg4nasan baru,” kata Sudhir Chaudhary, ketua pengarang Zee News dan WION.

Video yang tidak jelas dan tidak tahu dari mana asal usulnya terus bermain di internet. Walaupun dunia mengakui kekej4man Taliban, namun ketulenan video ini kini menjadi tanda tanya.

Melalui laporan Fact Check Evidence dan dipetik oleh agensi berita antarabangsa Reuters mencadangkan bahawa dalam satu video lain yang lebih jelas gambarnya telah menunjukkan bahawa lelaki yang digantung tersebut sebenarnya masih hidup.

Pemeriksa fakta untuk India Alt News, Mohammed Zubair dalam ciapan balasnya memuat naik satu video dengan versi yang lebih jelas, menunjukkan situasi sebenar orang yang digantung tersebut masih bergerak dan mengangkat tangan. Manakala pada 0:32, kelihatan dengan jelas orang itu tergantung dengan kemas oleh tali seperti abah-abah di belakangnya.

Selain Zubair, wartawan bebas Bilal Sarwary membetulkan fakta yang cuba dimainkan oleh Liz Wheeler dengan menyatakan, “Juruterbang Afghanistan yang terbang ini adalah seseorang yang saya kenal. Dia dilatih di AS dan UAE, dia mengesahkan kepada saya bahawa dia menerbangkan helikopter Blackhawk terbabit. Pejuang Taliban yang dilihat di sini [sebenarnya] cuba memasang bendera Taliban dari udara tetapi tidak berjaya.”

Alt News dalam laporan mereka berkata bahawa pada 30 Ogos, seorang lelaki yang sama turut kelihatan tergantung di helikopter dan terbang dekat dengan tiang bendera. Manakala Twitter pula dalam laporan mereka menafikan dakwaan bahawa Taliban telah bertindak menghukum gantung seseorang.

“Sebuah video yang beredar mendakwa Taliban menggantung seorang lelaki dari tali di bawah helikopter adalah salah, menurut Reuters, Snopes, BBC News dan wartawan lain. Rakaman tambahan menunjukkan bahawa orang itu masih hidup dan memakai tali abah-abah sambil melambai kepada orang yang di bawah,” kata Twitter.

Sumber : Twitter @Liz_Wheeler | TheVocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!