Lelaki Ditahan Pihak Berkuasa, ‘Kantoi’ Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Maut Disebabkan C0V1D-19

Kisah seorang lelaki yang didakwa menerima nasib yang m4lang apabila 14 ahli keluarganya maut disebabkan wabak C0V1D19 sebenarnya adalah palsu dan rekaan semata-mata. Perkara ini telah disahkan oleh Petronas, t3mpat lelaki itu bekerja dalam satu kenyataan yang dibuat semalam.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Petronas turut mengesahkan b4hawa lelaki itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu. Selain itu, pihak syarikat juga dengan keras memberitahu bah4wa mereka tidak boleh menerima salah laku daripada mana-mana pekerja mereka.

“Kami ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu kematian ahli keluarga disebabkan C0v1d19, yang mana dia juga didakwa telah menerima sumbangan. Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak menerima salah laku tersebut oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, yang semuanya terikat dengan tatacara dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa melakukan perkhidmatan untuk PETRONAS dan Kumpulan Syarikatnya,” katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman web rasmi Petronas

Terdahulu, tular kisah kononnya seorang lelaki yang bertugas di Petronas Pangerang telah kehilangan seramai 14 ahli keluarga termasuk isteri dan anak disebabkan wabak C0V1D19. Dakwaan itu mula menular di aplikasi Whatsapp dan Facebook yang turut diselitkam nama-nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya korban C0V1D19.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia di Petronas Pangerang dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat C0V1D19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Dakwaan itu turut disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan bantuan ikhlas kepada lelaki tersebut bagi meringankan bebannya. Difahamkan bahawa ramai pengguna media sosial yang sudah mula menyalurkan bantuan disebabkan tersentuh dengan nasib malang yang kononnya menimpa beliau.

Difahamkan, lelaki terbabit yang menjaja kisah kematian ahli keluarganya turut hadir ke majlis tahlil yang dibuat secara maya. Dia dikatakan sempat memberi ucapan pada sesi tersebut kepada ratusan individu yang prihatin kepada ‘nasib malang’ yang menimpanya.

Sumber : TheVocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!