Tengah lepak, gadis cuak diganggu lelaki ‘psiko’ – “Kalau lari, diaorang kejar”

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, pasti menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi pelajar perempuan sekiranya berhadapan sekumpulan pelajar lelaki yang melepak di kawasan tangga sekolah.

Namun bukan sahaja di sekolah, situasi cemas tersebut turut terjadi di temp4t awam yang dilakukan oleh individu ‘psiko’ sehingga mengundang rasa kurang senang seorang remaja perempuan ini.

Seorang pengguna laman Twitter, @TIIIIIIIIMOTHY berkongsi semula satu vide0 milik @nrkhaizatulll yang memaparkan gadis itu sedang melepak bersama seorang rakan di sebuah taman rekreasi sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.

Lepak taman pun kena kacau. Benda ni tak lawak!

“Baju merah tu dah datang dengan anak dia kot kacau-kacau kitaorang sebelum pergi, pastu dia datang balik dengan kawan dia. Takut, sumpah,” tulis @nrkhaizatulll pada kapsyen video itu.
@nrkhaizatulll berkata, salah seorang lelaki terbabit menganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah selain tidak mahu beredar dari lokasi berkenaan.

Selamba duduk sebelah kawan i macam tu. menggeletar member. Akhirnya kawan i kasi nombor telefon teman lelaki dia. Barulah diaorang gerak dari situ,” katanya.
Malah ketika mahu pulang ke rumah, dia dan rakannya terus diekori individu tersebut dan terpaksa bersembunyi sebelum ‘memecut’ motosikal ditunggang mereka keluar ke jalan utama.

Kalau lari, mereka kejar

Takut! Masa tu Tuhan sahaja yang tahu

Ciapan itu diulang kicau sebanyak 17,300 kali dan 15,800 tanda suka serta ratusan komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian berkenaan.

Takde kaitan dengan tudung!

Lelaki2 macam ni tak patut wujud

Lelaki lain tolong ‘alert’ dengan keadaan

Biadab! Ganggu ketenteraman orang

Sepatutnya sebagai g0longan lelaki, kenalah melindungi wanita bukan jadi macam ni
Ada lagi golongan macam ni, memang menakutkan. Banyak betul masa mengganggu orang. Hati-hati terutama anak gadis kat luar sana tu!

Sumber: TikTok @nrkhaizatulll | Twitter @TIIIIIIIIMOTHY | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!