‘Cubaan Menyamar Jadi Toyol’ – CCTV Rakam Dua Lelaki Berseluar Dalam Curi Tabung Masjid

Tindakan dua lelaki yang hanya memakai seluar dalam mencuri kotak sedekah yang terletak di masjid Kabupaten Solok, Sumatera Barat telah berjaya di rakam kamera CCTV.

Apa yang unik adalah kedua-dua pelaku ini hanya memakai seluar dalam dan wajah mereka ditutup dengan topeng yang dipercayai dibuat dari beg pl4stik. Mereka kelihatan bekerjasama untuk mengangkat kotak sedekah tersebut. Kej4dian ini telah disahkan oleh Wali Nagari Batang Barus, Syamsul Azwar, seperti yang dilaporkan oleh Tribun News.

“Masjid ini ber4da di depan Pejabat Bupati. Identiti pelaku tidak diketahui,” kata Syamsul Azwar. Katanya, tindakan kedua pelaku itu dirakam dengan jelas oleh kamera CCTV di Masjid Ikhlas Ar-Rahman. “Ya, pelakunya hanya memakai seluar dalam. Malam tadi ia berlaku,” katanya.

Dia menjelaskan bahawa untuk peringkat awal pihaknya telah melaporkan kejadian ini kepada pihak berku4sa tempatan. “K0tak sedekah ini ada di dalam dan di luar. Bagaimanapun, [kotak sedekah] yang di dalam kacanya pecah,” katanya. Sementara itu, kotak amal di luar masjid dibawa lari oleh dua pelaku terbabit.

“Jumlah kerugian belum diketahui. Ada maklumat bahawa ia juga berlaku di masjid-masjid lain di sekitar l0kasi,” katanya. Dia menjelaskan bahawa pelaku terbabit masih belum diketahui identiti mereka. Dia berharap polis dapat membuat tindakan susulan.

Ketua Polis Gunung Talang, AKP Seventri, ketika dihubungi media tempatan mengakui bahawa dia belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu. “Saya sudah memeriksa dengan anggota, belum ada laporan,” kata AKP Seventri. Namun, dia mengesahkan bahawa maklumat mengenai kejadian itu berada di bawah bidang kuasa Polis Gunung Talang.

Sumber : TribunNews | TheVocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!