Isteri berubah cepat marah, Hafiz Mahamad dedah kena sihir – “Akhirnya Allah tunjuk”

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad mendedahkan dia serta isterinya Syafiqah Aina telah disihir oleh individu tidak bertanggungjawab atas tujuan tertentu.

Hafiz sebelum itu ada memuat naik beberapa video di InstaStory yang memaparkan isterinya dalam keadaan menangis ketika sedang dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam, baru-baru ini.

Bagi bercerita lebih lanjut, usahawan berusia 28 tahun itu mel4kukan sesi siaran langsung di laman Instagram malam t4di sebelum kejadian terbabit diringkaskan 0leh seorang pengguna Twitter, @anas_aqasha77.

Berdasarkan penceritaan @anas_aqasha77, Aina yang mempunyai personaliti ceria dan gembira dikatakan kurang mesra serta mudah ‘panas’ terhadap suami sejak kebelakangan ini.

Seolah-olah menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Hafiz segera membawa isterinya untuk berjumpa dengan ustaz dimana wanita tersebut menangis dan meracau ketika proses berubat.

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu mungkin berpunca daripada sifat hasad dengki sehingga sanggup melakukan perbuatan syirik bagi memporak-perandakan sesebuah perhubungan.

Sambungan

Bagaimanapun, menerusi posting terbaharu di Instagram, Aina memaklumkan dia sudah beransur pulih selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan dirinya.

Malah, wanita berusia 27 tahun itu turut memohon maaf sekiranya terdapat tindakan dilakukan dia dan suaminya di media sosial selama ini mengundang rasa kurang senang oleh segelintir individu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

“I think Hafiz dah kasitahu everything lastnight on his IG Live. So Aina rasa cukup sampai situ je ceritanya okay? Sorry tau, sebab Aina sebenarnya taknak ingat & fikir lagi pasal benda tu semua. It’s a nightmare! Benda yang Aina takan boleh lupa but at the same time Aina tak nak ingat dah.
“Maafkan kalau ada perkara yang Aina & Hafiz buat / post di social media yang buat awak rasa tak senang. Tak pernah ada niat lain selain kami nak kongsi apa yang mungkin bermanfaat untuk awak semua,” katanya.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang sering mendapat perhatian netizen kerana melakukan kejutan ‘sweet’ mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raisya Arisa yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina | Twitter @anas_aqasha77 | TikTok @tsukinoai | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!