Kereta remuk disondol lori, pemandu Myvi terselamat dapat tepukan semangat

Sejak petang tadi, tular pelbagai posting di media sosial yang melap0rkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna laman Facebook, Subash Lingam berkongsi dua rakaman k4mera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian tersebut.

Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang d4n merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Selain itu, turut tular perkongsian daripada Mohd Fadzly Nordin menerusi group ‘Bro, don’t like that la, bro FAN PAGE’ memaparkan salah satu kenderaan yang dirempuh iaitu Perodua Myvi dilihat remuk teruk.

Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu, pemandu Myvi terbabit yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kenderaannya sekali gus menerima sorakan serta tepukan semangat daripada orang awam.

Difahamkan lagi, kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan oleh saksi dalam kejadian berkenaan.

Antara perkongsian lain:

Kemas kini terbaharu
Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pemandu lori tersebut didapati positif d4dah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Sumber: Facebook DashCam Owners Malaysia| Bro, don’t like that la| bro FAN PAGE | Kosmo! Online (Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof)| OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!