Imej telefon bimbit Nokia 3310 dalam perut lelaki tersebut. - Skender Telaku

Pelik tapi Benar, Lelaki telan telefon bimbit Nokia 3310

Nampak pelik tapi sudah banyak kali berlaku,

PRISTINA, Kosovo – Seorang lelaki dilaporkan telah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan dibiarkan di dalam perutnya selama empat hari, lapor laman Metro UK semalam.

Sepasukan doktor daripada sebuah hospital terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi.

Saiznya yang terlalu besar menjadikan telefon itu tidak boleh dicerna serta membahayakan nyawa kerana asid bateri yang bersifat menghakis berkemungkinan bocor di dalam perut.

Skender Teljaku yang mengetuai pasukan perubatan menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto telefon bimbit tersebut selepas ia dikeluarkan beserta imbasan X-ray dan imej endoskop.

Teljaku berjaya mengeluarkan objek asing itu dari dalam perut lelaki terbabit tanpa mem0tongnya.

Malah, prosedur itu juga berjaya tanpa sebarang komplikasi.

Menurut media tempatan, lelaki tersebut telah datang sendiri ke sebuah h0spital di Pristina kerana berasa sakit selepas menelan telefon bimbit tersebut.

Menurut Persatuan Gastroenterologi Britain, kebanyakan benda asing yang ditelan akan keluar dengan sendirinya namun 10 hingga 20 peratus kes sedemikian akan memerlukan kaedah endoskopi manakala satu peratus memerlukan pembedahan atau rawatan komplikasi.

Duit syiling, barang plastik, bateri, dan tulang adalah barang ‘asing’ biasa yang kerap ditelan. – Agensi

Sumber : Kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!