Nak ubat kerinduan, pemuda kerap pakai baju Melayu arwah adik setiap Jumaat

Merindui 0rang yang sudah tiada sememangnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika insan tersebut merupakan antara yang paling rapat dengan kita.

Oleh itu, tidak salah untuk kita terus mengingatinya dengan cara tersendiri asalkan tidak meratap ataupun menyalahkan takdir diatas pemergiannya.

Pakai baju arwah adik

Oleh itu, seorang pemuda dikenali sebagai @teheuiss telah memuat naik video menjawab soalan sesetengah pihak meng4pa dia kerap memakai baju yang sama apabila menunaikan solat Jumaat sebelum ini.

Menurut pemuda berusia 20 tahun tersebut, sebenarnya baju Melayu berkenaan adalah baju terakhir arwah adiknya ketika hari raya sebelum meninggal dunia kerana k4nser sekitar tahun 2019.

Adik telah ‘pergi’ pada tahun 2019 kerana kanser
Jadi, pemakaian baju tersebut sebagai s4lah satu cara dia menyatakan rasa rindu terhadap adiknya iaitu Allahyarham Mohamad Haiqal Najmi bin Muhamad Zura.

Terdahulu, pengguna TikTok ini pernah tular apabila memuat naik video kebersamaannya dengan adik lelakinya sebelum rem4ja itu meninggal dunia setelah berjuang melawan kanser.

Memang perit hilang orang tersayang
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh @teheuiss itu, ramai yang meninggalkan komen dengan mengucapkan takziah kepada pemuda tersebut.

Mereka juga sempat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya terus dicucuri rahmat.

Jangan bersedih bro, sentiasa kuat

Senyuman arwah memang manis

Semoga arwah adik ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Ucap terima kasih kepada yang mendoakan
Pengguna TikTok berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan sudi mendoakan kesejahteraan arwah adiknya di alam sana.

Semoga abangnya sentiasa dan semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Salam Takziah.

Sumber: TikTok @teheuiss| Twitter @frhdnmhdzuraaa| OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!