“Jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal” – PU Amin Kongsi Sijil V4ksin Zaman Uthmaniah

Di saat ramai mula mempercayai v4ksin sebagai salah satu ikhtiar menyembuhkan dan mengelakkan diri dari dijangkiti wabak C0v1d19, masih ada lagi golongan yang menolak v4ksin kerana ragu-ragu akan isi kandungannya.

Menurut golongan ini, v4ksin adalah agenda dajjal dalam menyesatkan orang Islam. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut dit0lak Pencetus Ummah Amin atau PU Amin yang berkongsi foto sijil v4ksin pada zaman kerajaan Uthmaniah di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Menerusi perkongsian tersebut, PU Amin menjelaskan bahawa sijil v4ksin zaman kerajaan Uthmaniah ini dikeluarkan oleh Istanbul pada tahun 1900 masihi.

Jika benar ia satu agenda dajjal atau membunuh manusia, maka mungkin kita tidak akan wujud hari ini. Bersederhana dalam menghukum.

“V4ksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah, tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Inshaallah,” katanya.

“Sijil ni tak membuktikan apa-apapun”

Walau bagaimanapun, posting tersebut telah menerima pelbagai komen negatif netizen yang tidak mempercayai v4ksin dan menyifatkan sijil tersebut tidak membawa apa-apa makna.

Malah ada juga yang bertanya sama ada v4ksin pada zaman dulu sama atau tidak dengan v4ksin zaman sekarang.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang”

Tampil menjelaskan posting Instagramnya kepada mStar, PU Amin berkata, tindakannya itu hanya untuk memberi gambaran betapa pentingnya pengambilan v4ksin atau bahan pelali bagi membendung wabak.

“Kalau tengok pada post yang saya kongsi tu saya nak menunjukkan sebenarnya bahawa pengambilan v4ksin ataupun rawatan mencegah wabak menggunakan vaksin telah diamalkan sejak 1900 masihi.

“Masa tu pun penciptaan vaksin telah wujud. Ini adalah hak saya untuk bercerita manfaat vaksin, saya tak kata v4ksin tu menyembuhkan, yang menyembuhkan Allah.

“Tapi kita bercerita pasal manfaat tu hak kita la, sama macam mereka bercerita tentang darurat v4ksin,” katanya.

Dia juga pada masa yang sama meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang menolak v4ksin terutamanya yang terpengaruh dengan berita tidak sahih.

Sebenarnya anti v4ksin dan yang ragu-ragu dengan vaksin ini kasihan sebab terpengaruh dan banyak mendengar berita-berita yang tak tepat.

“Contohnya daripada orang yang tafsir mimpi atau daripada mesej yang disebar tiada asas.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal… ini fitnah,” katanya lagi.

Diharapkan mereka yang menolak v4ksin ini dibukakan hati untuk menerima tidak lama lagi. Apa-apapun semuanya untuk kebaikan bersama. Aamiin…

Sumber : HarianMetro| LobakMerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Kantoi cur4ng? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru

Dalam menjalin perhubungan cinta, perkara yang paling ditakuti adalah sekiranya si dia bersikap curang di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!