Kena ‘sidai’ tepi jalan, rider Grabfood bebelkan pelanggan guna loghat Perak

Para rider penghantar makanan sememangnya mempunyai banyak cerita ketika mereka keluar bekerja. Yang pasti, kisah-kisah yang melibatkan mereka bukanlah satu bentuk rekaan, tetapi nyata dan kadangkala sangat menyentuh hati.

Kena ‘sidai’ bebel dalam loghat Perak

Kali ini, tular di media s0sial apabila seorang pengh4ntar makanan Grabfood ‘disidai’ oleh pelanggan apabila meletakkan alamat yang salah.

Lebih menyedihkan adalah alamat yang diberikan adalah ditepi jal4n yang langsung tiada rumah ataupun tempat menunggu.

Call, mesej tak berangkat

Namun, apa yang menarik perhatian adalah ‘bebelan’ rider Grabfood tersebut yang bertutur dalam loghat Perak. Menggunakan nama Haslizul Mohd Ramli, lelaki tersebut memaklumkan pelanggannya telah meletakkan alamat yang tidak tepat.

Tak hanya itu, panggilan dan mesej yang dihantar juga tidak berbalas sehingga membuatkan dia terpaksa menunggu lama di tepi jalan sedangkan urusan menghantar makanan masih banyak yang perlu diselesaikan.

Memang geram kalau perangai customer macam ni

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen mengakui geram dengan sikap pelanggan tersebut kerana tidak bertanggungjawab dengan pesanannya serta tidak menghormati masa kerja rider.

Namun, ramai juga yang terhibur mendengar ‘bebelan’ rider Grabfood itu yang sangat begitu pekat loghat Peraknya.

“Jangan dibuat memba, pesen nyosohkan orang”

“Aje bajang pedajal miker!”

“Seronok dengar loghat Perak”

Aje pekat benor loghatnye!

Terhibur kalau masing-masing keluarkan loghat negeri masing-masing, nampak keunikan negeri tersendiri

Sumber: Facebook Haslizul Mohd Ramli via Grab food rider Malaysia Official | Twitter @MohkeIpoh | OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!