“Tahu2 bersalin.” -Johan ucap terima kasih, janji akan ‘belanja’ gambar bayi ke-6

Walaupun ramai terkejut dengan ‘surprise’ yang dilakukan oleh pasangan selebriti terkenal Johan dan Ozlynn apabila dikhabarkan menimang cahaya mata keenam mereka, namun para peminat tetap tumpang gembira dengan kelahiran tersebut.

Berita baik itu telah dik0ngsikan oleh akaun rasmi radi0 Era FM apabila memuat naik gambar Johan memeg4ng seorang bayi dengan kapsyen mengucapkan tahniah kerana baru sahaja menyambut orang baharu dalam keluarga besar mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Terima kasih kepada semua yang mendoakan
Selepas teka-teki tersebut terjawab, Johan akhirnya memuat naik satu video mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan sudah pun pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Akan update pasal anak2 di YouTube
Dalam video tersebut, pelawak dan juga penyampai radio Era FM itu memaklumkan segala update berkenaan anaknya akan di muat naik ke saluran YouTube bagi dikongsikan kepada para peminat. Dia juga berharap agar segala perkongsian tersebut memberi manfaat kepada semua.

Sebelum ini, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba sahaja pihak Era FM mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dengan memuat naik gambar Johan memegang seorang bayi.

Ramai yang tidak menjangka kerana Johan dan Ozlynn sangat ‘cekap’ merahsiakan kehamilan sehingga langsung tidak dapat dihidu para peminat walaupun mereka kerap memuat naik perkongsian di Instagram.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada keluarga Jozlynnhanania atas kelahiran anak keenam mereka.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania| Era.je| OhMyMedia

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!