[VIDEO]Gara-gara Isteri Baharu, Wanita Dakwa Dihalau Suami Keluar Dari Rumah Yang Dibelinya Sendiri

Tular di Indonesia, seorang wanita mendakwa telah diusir 0leh suaminya walaupun rumah yang didiami mereka adalah hasil dari jerih payahnya.

Menurut Liputan6, wanita itu telah merakam video dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Dengan suar4 yang seakan menahan tangisan, wanita itu menunjukkan ke4daan di dalam rumahnya dari ruang tamu dan bilik yang terlihat sangat luas.

Berikut adalah video yang dirakamnya daripada pemilik akaun instagram @insta_julid
View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

Dia juga mengatakan bahawa rumah itu dibeli hasil darinya yang bersusah payah menjual makanan selama tiga tahun.

“Inilah rumah saya, rumah yang saya beli dari kerja keras. Saya menjual seblak (makanan yang dibuat daripada keropok kering) selama tiga tahun dan menyimpan hasil yang diperoleh,” katanya.
Menerusi video itu, dia juga mendakwa telah dihalau keluar dari rumah kerana orang ketiga yang telah dikahwini oleh suaminya.
“Alasan saya dihalau dari rumah adalah kerana dia (suami) mengatakan bahawa saya curang kepadanya walaupun dia sebenarnya yang sudah berkahwin lain, ini sangat memeritkan, rumah tangga kami yang dibina selama 16 tahun musnah,” kata wanita itu.

Tidak mendedahkan identitinya, wanita itu juga meminta agar semua netizen mendoakannya terus kuat dalam menghadapi ujian tersebut dan dapat mengambil kembali haknya yang terhasil dari kerja keras.

Semoga wanita tersebut sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian, mungkin Tuhan nak jauhkan dia dari orang-orang yang berniat buruk kepadanya.

Sumber: Liputan6 | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!