Percaya Mereka Adalah Pasangan Kekasih Di ‘Kehidupan Lalu’, Ibu Bapa Ini Kahwinkan Anak Kembar Yang Berusia Enam Tahun

Sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak kembarnya kerana mempercayai bahawa mereka adalah pasangan kekasih di ‘kehidupan yang lalu’.

Amornsan Sunthorn Malirat, 31 dan isterinya Phacharaporn, 30, berbelanjakan b4nyak wang bagi mengadakan m4jlis perkahwinan itu supaya anak mereka mendapat kejayaan kelak.

Mengikut kepercayaan Buddha, pasangan kembar lelaki , Guitar, 6 dan adik perempuannya, Kiwi, 6 adalah pasangan kekasih yang dil4hirkan semula tetapi memiliki ‘karma’ dari kehidupan yang lalu dan harus dikahwinkan bagi mengelakkan nasib malang pada masa akan datang.

“Kami percaya anak kembar kami ini adalah pasangan kekasih di kelahiran yang lalu. Ini adalah kepercayaan kami sejak zaman nenek moyang lagi,” jelas Amornsan yang dipetik dari portal berita tempatan.

Mereka juga percaya dengan mengahwinkan anak mereka ini merupakan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi sebelum dilahirkan semula dan mengelakkan pasangan kembar ini jatuh sakit kelak.

Menerusi vide0 yang di muat naik, kelih4tan Guitar melakukan beberapa adat tradisi perkahwinan Thailand sebelum bertemu dengan pasangannya.

Meskipun perkahwinan mereka ini dianggap sah oleh masyarakat sekeliling, pasangan kembar ini tidak terik4t dengan undang-undang berikutan mereka masih dibawah umur dan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Sumber: TheSun | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!