(Video) Detik Mencemaskan Lelaki Pukul Bola Golf Ke Udara, Sempat ‘Ditangkap’ Oleh Sambaran Petir

Siapa sangka petir mampu menyambar sesuatu yang melayang di udara walaupun benda bukan hidup. Mungkin jarang dilihat tetapi apabila disaksikan oleh manusia sendiri, pasti ia terasa menggerunkan.

Begitulah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki yang memukul bola golf ke udara dan dipercayai bola itu tepat-tepat disambar oleh petir.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di San Antonio, Texas apabila sekumpulan remaja kelihatan berada di kawasan golf itu ketika cuaca sedang memburuk.

Video yang dirakam oleh seseorang itu telah menunjukkan seorang remaja lelaki sedang memukul bola golf 88mph di lapangan sasar golf. Namun, tanpa disangka bola yang melayang ke udara itu disambar petir dan mengejutkan kumpulan itu.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan, cuma mungkin menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak bermain golf ketika ribut petir atau cuaca buruk.

Rentetan kejadian itu, semua pemain di kawasan itu diminta bergerak ke dalam bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berterusan.

Rakaman video yang dikongsikan di Daily Mail Video itu telah meraih perhatian netizen apabila menerima pelbagai respons, antaranya:

“Bola itu kembali ke masa depan?“

“Adakah memegang kayu besi benar-benar perkara paling bijak untuk dilakukan dalam ribut petir?”

“Tangkapan yang baik, tapi kenapa dia pergi bermain golf di luar, semasa ribut petir???

“Itu sangat tidak waras, tapi ia juga kelihatan hebat.. tapi lebih baik tidak mencubanya”

Kejadian ini menakjubkan, bola golf yang sekecil itu pun mampu disambar oleh petir.
Namun yang menjadi tanda tanya mengapa lelaki ini bermain golf semasa cuaca yang buruk ?

Sumber : Daily Mail Video | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!