(Video) Raih 12 Juta Tontonan, Rakaman Seram CCTV Lelaki Diseret Dalam Gim Oleh Entiti Misteri

Tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki diseret ke lantai dipercayai oleh entiti misteri dalam kejadian yang berlaku di sebuah gimnasium baru-baru ini.

Klip pendek yang telah meraih lebih 12 juta t0ntonan 0leh warganet di seluruh dunia itu dimuat naik oleh seorang individu di TikTok. Namun, tidak d4pat dipastikan l0kasi di mana kejadian tersebut berlaku.

Menerusi vide0, keadaan kelihatan norm4l pada mulanya apabila mangsa dilihat sedang bersiap sedia untuk melakukan sesi senaman di gimnasium tersebut sec4ra bersendirian.

Namun, dalam tempoh beberapa saat, alatan senaman kayuh setempat di belakang mangsa kelihatan berayun seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya atau menggunakannya.

Kemudian, sebiji bola pemberat pula tiba-tiba meluncur ke arah mangsa dengan sendiri seakan memberi isyarat terdapat kehadiran entiti lain yang berada di kawasan itu.

Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa bergegas mengambil barangnya dan cuba meninggalkan gimnasium tersebut dengan berlari sebelum tergelincir ke lantai.

Setelah terjatuh, kaki kanannya pula kelihatan seperti diseret dan direntap dengan kuat oleh ‘seseorang’ yang tidak dapat dilihat atau lebih tepat lagi halimunan. Jelas kelihatan, mangsa cuba sedaya upaya  untuk melepaskan diri dari entiti misteri yang cuba mengganggunya.

Mangsa yang berjaya bangun, dilihat berlari terus ke arah pintu keluar tanpa mengambil barangnya yang terjatuh kerana mungkin dipercayai mangsa terlalu takut.

Warganet yang membanjiri ruangan komen di video tersebut ada yang mengatakan ia sekadar gimik untuk menarik perhatian media sosial.

Tetapi sebilangannya pula mempercayai terdapat kehadiran makhluk lain yang cuba ‘menakutkan’ lelaki tersebut. Apa pula pendapat anda?

Berikut adalah rakaman CCTV yang berada di gimnasium tersebut

Sumber: Times Now News| Tiktok @carlosruizoficial | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!