“8 bulan terpisah” – [VIDEO] Anak Terus Peluk Ayah Menyamar Jadi ‘Rider’ Makanan Lepas Lama Tak Jumpa

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebelum ini, ramai yang terpaksa berjauhan daripada keluarga untuk satu tempoh yang lama. Paling terkesan sekiranya seorang ibu bapa itu bekerja sebagai frontliner dan masih mempunyai anak yang kecil.

Seakan sama dengan kis4h ini, apabila momen sedih berlaku ketika kepulangan seorang 4yah itu dinantikan oleh anak yang masih kecil.

Ingatkan rider makanan

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan oleh @adirarusli menjadi viral setelah menunjukkan kepulangan suaminya ditunggu lama oleh anak-anak.

Menerusi sebuah p0sting yang dimuat naik, Adira memaklumkan bahawa suaminya sudah 8 bulan berjauhan dengan mereka sebab memasuki pusat latihan polis. Kepulangan suaminya itu turut tidak diketahui oleh anak-anak mereka.

Dalam video tersebut suaminya menyamar sebagai seorang penghantar makanan, dan anak sulungnya yang pergi ke luar untuk mengambil makanan tersebut.

Mungkin firasat seorang anak, dia mula berasa curiga dengan ‘rider’ berkenaan. Kemudian anak lelakinya itu merenung pada si suami dan mula mencabut facemask yang dipakai.

Selepas diperhati, anaknya itu terus memeluk ayahnya sambil menjerit memanggil dirinya. Tindakan anak lelakinya itu membuatkan adiknya yang lain turut sama memeluk ayah mereka sebab terlalu rindu.

Momen tersebut turut membuatkan Adira menjadi sebak. Tambahnya lagi, suaminya sengaja minta dirahsiakan kepulangannya itu untuk memberi kejutan kepada anak-anak mereka.

Berikut adalah video yang dikongsi :

“Seronok tengok bercampur sedih”

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata ia membuatkan netizen turut menjadi sebak. Ramai yang mengatakan bahawa momen tersebut mampu membuatkan mereka sedih, selain ada juga menyifatkan suasana tersebut seronok untuk dilihat sebab mengetahui betapa rindunya anak-anak kepada ayah mereka. Majoriti reaksi daripada netizen mengungkapkan perasaan sedih yang teramat.

Sebak melihat bila melihat anak-anak yang lama tak jumpa ibubapa masing-masing, tapi apakan daya demi mencari rezeki yang halal dan demi menyara keluarga merek4 keluar bekerja walaupun terpaksa berjauhan.

Besar betul pengorbanan ayah yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Min d0akan sesiapa yang melalui keadaan sebegitu diberikan keku4tan dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : TikTok @adirarusli | LobakMerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!