Fila Amir gembira ikut suami sedekah al-Quran buat anak2 tahfiz di Guinea

Rasanya ramai yang mengenali selebriti media sosial atau influencer yang berkahwin dengan jejaka dari Guinea.

Fila Amir atau nama sebenarnya Nurafilah Amir Rusdi sud4h beberapa tahun bernikah dengan Adama Mohamed Camara dan perkahwinan merek4 dilihat sangat bahagia.

Wanita itu juga tidak lokek berkongsi pengalamannya yang kini berada di negara kelahiran suami untuk mendedahkan lebih banyak mengenai budaya dan negara asal Adama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Ikut solat Jumaat

Baru-baru ini, Fila telah berkongsi momen dimana dia mengikuti suami menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan rumah keluarga mereka.

Menurutnya, di Guinea, wanita akan turut serta solat Jumaat di masjid dan influencer itu mengakui agak janggal pada awalnya namun lama kelamaan berasa selesa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Sedekah al-Quran di madrasah

Seusai solat Jumaat, Fila dan Adama telah menyampaikan sumbangan al-Quran kepada anak-anak tahfiz disana. Hal ini dikongsikannya di saluran YouTube Mr&Mrs Camara.

Sempat keliling madrasah lihat pembinaan

Dalam vlog mereka yang dimuat naik ke saluran YouTube, pasangan ini telah berkongsi perjalanan membeli al-Quran baharu dan membawanya ke madrasah sebelum diserahkan kepada anak-anak penghafal kitab suci itu.

Mereka juga mengambil kesempatan untuk mengelilingi madrasah tersebut untuk mengetahui serba sedikit mengenai tempat yang masih dalam pembinaan.

Pastinya perkongsian yang dibuat oleh Fila mendapat perhatian pengikutnya di media sosial kerana sentiasa memberikan vibe positif ketika bersama suami.

Sudah tentu ramai yang memuji dan gemar melihat pasangan ini memberikan contoh yang baik buat masyarakat mengenai kehidupan berpasangan dengan individu berlainan budaya, adat dan negara.

Alhamdulillah, Fila Amir dijodohkan dengan suami yang baik, semoga kita dapat m,encontohi perbuatan murni mereka ini.

“bersedekahlah walaupun sekadar sebiji kurma”

Sumber: Instagram Fila Amir| YouTube Mr&Mrs Camara| OhMyMedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!