“Mereka mahukan tenaga, taknak tertidur ketika bertugas” – Ada Frontliner Alami PTSD, Terpaksa Ambil Syabu & Pil Tidur

Kita pernah dengar tentang kisah bekas tentera yang turun ke medan perang, alami gangguan stres pasca trauma (PTSD) dalam tempoh enam bulan hingga setahun kemudiannya. Namun, siapa sangka pandemik C0v1d19 ini membuatkan petugas kesihatan turut mengalami perkara yang sama.

Menurut Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, ada segelintir petugas kesihatan yang mengaku terpaksa mengambil bahan terlarang bagi mengurangkan tekanan akibat gangguan emosi.

Ada daripada mereka juga dikatakan telah memulakan t4biat tidak sihat seperti mer0kok serta minum kopi berlebihan untuk melawan r4sa kelesuan melampau atau ‘burnout’ dek kerana peningkatan beban tugas, lapor FMT.

“Petugas kesihatan ini menghubungi kami dan mengaku terpaksa mengambil AST (amphetamine type stimulant), iaitu dadah jenis syabu atau ‘ice’, kerana mahukan keyakinan serta tenaga supaya tidak tertidur ketika bertugas.”

Jumlah yang mula merokok juga ketara. Ada yang minum kopi antara lima hingga enam cawan sehari berbanding hanya satu cawan pada waktu pagi sebelum lonjakan kes Covid-19.”

Ada yang terpaksa makan pil tidur ke4na tidak dapat tidur akibat gangguan em0si ketika p4ndemik. Ini berbahaya kerana pengambilannya antara satu hingga tiga minggu secara berturut-turut.”

Katanya lagi, sebahagian daripada mereka itu yang mengalami gangguan emosi teruk juga berisiko mengalami kesan jangka panjang, iaitu PTSD yang lazim dialami bekas tentera pernah turun ke medan perang.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecel4ruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan mel4wan pandemik sec4ra berterusan.

Kakitangan kesihatan yang ditemu bual akhbar itu malah mengaku menangis setiap hari selama sebulan selepas pulang ke rumah, stres dan berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit. Menurut Dr Andrew lagi,

PTSD ini sama seperti dialami tentera di medan perang, yang mungkin pernah menembak musuh atau melihat rakan sendiri meninggal dunia di hadapan mata.”

PTSD bahaya kerana ia boleh membawa kepada hasrat untuk bunuh diri, selain menjejaskan hubungan dengan rakan dan keluarga.”

Semoga para frontliner sentiasa tabah dalam menghadapi ujian semasa musim pandemik ini, diharapkan semua sentiasa menjaga SOP dengan baik supaya kes semakin menurun dan keadaan kembali normal seperti sedia kala di mana kita semua bersuka ria tanpa memikirkan masalah C0vid19.

Sumber : BeritaHarian | LobakMerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!