Tak Puas Hati Disaman, 2 Wanita Hina Polis Bantuan “Kamu Itu Gadis Miskin” Didenda RM 10k

Dua orang wanita di Singapura dilaporkan telah didend4 kerana menghina seorang anggota polis bantuan di sebu4h pusat membeli-belah.

Menurut Today Online, kedua-dua wanita yang berusia 50 tahun itu masing-masing telah didenda sebanyak S $ 3,000 (RM9,267) pada Rabu setelah meng4ku bersalah atas tuduhan mengganggu penjawat awam.

Mereka dipercayai telah melakukan salah laku tersebut di luar Lucky Plaza Mall pada 21 September tahun lalu. Ketika itu, mereka didatangi oleh seorang polis bantuan wanita kerana didapati telah merokok di kawasan itu.

Difahamkan, polis bantuan itu telah dilantik oleh Agensi Alam Sekitar Nasional sebagai pegawai penguat kuasa dan menjalankan tugasnya dengan betul. Dia menghampiri kedua-dua wanita itu dan mengeluarkan saman kerana mereka telah merokok di kawasan larangan.

Merendahkan polis

Ketika itu, salah seorang wanita tersebut melakukan provokasi dan merendah-rendahkan tugas polis bantuan tersebut.

“Berapa gaji kamu? Rasanya seribu sebulan je. Sila cakap dengan orang kaya baik-baik, kamu itu gadis miskin.

“Tutup mulut kamu, kamu ni miskin selamanya tau” kata wanita tersebut.

Tidak cuma itu, kedua-dua wanita itu juga mengatakan bahawa polis bantuan itu merupakan seorang gadis yang gila dan tidak berpengalaman. Menggunakan bahasa Kantonis, mereka juga mengatakan polis tersebut tidak dididik dengan betul.

Cuba memberi duit kepada polis tersebut

Salah seorang dari mereka telah mengeluarkan wang kertas sebanyak S $ 1,000 dan melambaikannya di hadapan muka pegawai, sementara seorang lagi berkata kepada pegawai agar diam dan mengambil wang tersebut.

Tindakan mereka itu dipercayai telah dirakam pada kamera yang terdapat pada pakaian polis bantuan itu.

Mengaku mengalami tekanan

Tidak diwakili oleh peguam, mereka mengatakan kepada hakim bahawa mereka mengalami tekanan pada ketika itu kerana terkejut dengan kehadiran polis bantuan tersebut.

Dah salah tapi tak mengaku, tambahan pula memaki polis tersebut, ha kan melayang duit.
Kita hidup ni jangan sombong, kalau ditegur terima bukan meninggi diri membenarkan apa yang salah.
Kaya mana pun masing-masing ada tugas masing di dunia ini.

Sumber: Today Online | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!