Beratur lama nak solat Jumaat, jemaah hampa lihat VVIP terus dapat masuk masjid

Hidup dalam norma baru disebabkan pandemik sememangnya serba serbi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Langkah tersebut merupakan satu perkara penting yang harus diikuti bagi mengelakan wabak terus menular.

Namun, selepas hampir setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, kebanyakan aktiviti harian sudah kembali dilakukan. Antaranya solat Jumaat sudah boleh ditunaikan mengikut kapasiti keluasan masjid.

Jadi, k0nsep siapa cepat dia dapat atau ‘first come first serve’ terus digunakan untuk membolehkan semua kembali menunaikan solat Jumaat.

Turun kereta terus masuk masjid

Namun begitu, menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter milik @ryqalllbarbossa, dia telah memuat naik video seorang VVIP yang turun dari kereta jenis Toyota Velfire meluru masuk ke masjid tanpa beratur seperti jemaah yang lain.

Depan pintu masih ramai

Hal ini pastinya membuatkan orang lain geram kerana masing-masing perlu beratur dan mengikut SOP untuk mendapat tempat di dalam masjid.

Dapat dilihat juga beberapa jemaah mulai protes dan mempersoalkan petugas masjid mengapa mereka tidak dibenarkan masuk sedangkan sudah berdiri di pintu masjid sejak jam 12 tengahari.

Ada juga diantara jemaah yang turut menanti solat di masjid tersebut memuat naik gambar keadaan diluar pintu masuk. Sememangnya ramai yang tengah menanti peluang untuk masuk ke dalam bagi menunaikan solat Jumaat.

Bila nak maju negara kalau macam ni
Sehubungan dengan tularnya video tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan melu4hkan rasa hampa dan kecewa dengan keadaan seperti itu.

Mereka juga berasa tidak adil dengan apa yang berlaku kerana ada diantara mereka menanti lebih lama dan perlu ber4tur terlebih dahulu untuk masuk ke dalam masjid sedangkan VVIP langsung tidak mengikuti prosedur sepatutnya dipatuhi semua.

Pernah rasa dah perkara macam ni

Janganlah ada double standard

Patutnya ada rasa malu

Kesian tengok muka pakcik2 tu

Pihak Masjid Putra Memberikan Penjelasan

Namun selepas tular video tersebut di laman sosial Twitter dan seangkatan dengannya, Pihak Masjid Putra tampil memberikan penjelasan keadaan sebenar yang telah berlaku.

Pihak Masjid Putra menjelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Malah, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.

Walau bagaimanapun, pihak Masjid Putra mengakui bahawa pihaknya sering menerima kehadiran jemaah yang melebihi kapasiti sepatutnya pada seawal jam 11 pagi untuk Solat Jumaat sejak beberapa minggu lalu. Malah, pintu pagar utama masjid akan ditutup apabila kapasiti jemaah telah mencukupi.

Lantaran isu ini, pihak pentadbiran masjid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan serta berusaha sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan dan pangkat.

Daripada pihak admin, sepatutnya yang sudah menempah dan mendaftar lebih awal tu, sepatutnya datang lah lebih awal daripada orang lain supaya tidak menimbulkan fitnah dalam masyarakat setempat. Apa pun sama-sama lah kita mengimarahkan lagi masjid semasa waktu pandemik ini, tetapi untuk yang dah cukup dos v4ksin sahaja yang belum v4ksin jangan nak mengada.

Sumber: Twitter @rayqalllbarbossa | Facebook @Masjid Putra Putrajaya | OhMyMedia | TheVocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!