Buat Ala-ala Perang Di Palestine, Video ‘Lawak’ Aliff Syukri Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sekali lagi pengasas produk kosmetik, Dato’ Aliff Syukri telah mendapat perhatian netizen kerana video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dan Instagram baru-baru ini memperlihatkan dirinya membuat satu situasi perang di Palestin berlatarkan suara orang gelak ketawa.

Inilah keadaan di Palestin

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, video ini telah meraih hampir 180K jumlah tontonan dalam masa 17 jam. Ia turut dikongsikan di IG Reels dan telah mendapat perhatian netizen di Twitter.

Dapat dilihat Aliff Syukri dan isterinya sedang melakukan situasi seolah-olah mereka berada di dunia Palestin, isterinya berpura-pura mati sementara Aliff Syukri meneruskan aksi peperangan.

Ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata netizen di TikTok rasa kurang senang dengan content tersebut, dianggap tidak sensitif kerana jadikan situasi saudara sesama muslim di negara tersebut sebagai bahan jenaka.

Hormat lah sikit – Netizen

Sementara di Instagram pula, ramai yang terhibur apabila melihat kerenah mereka ini.

Dalam caption Instagram, Aliff Syukri sempat bergurau dengan bertanyakan kepada netizen jika dirinya layak menjadi Menteri Pertahanan Malaysia ataupun tidak. Katanya lagi, filem Badang 2 bakal menyusul. Apapun, mungkin ada mesej lain yang Aliff Syukri ini nak cuba sampaikan namun mungkin ada cara lain yang lebih baik.

Kalau ya pun jaga sensitiviti saudara kita di sana, sudahla berlakon keadaan macam kat palestin lepastu boleh pulak promosikan filemnya itu, mungkin Dato’ Aliff ingin menyampaikan sesuatu namun niat tak menghalalkan cara.

Sumber : LobakMerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!