Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gemba Bumi, Penduduk Di Mexico Takut Kiamat Datang

Pada 8 September lalu, bandar Acapulco di Mexico dilanda gemp4 bumi dengan kekuatan 7.0. Difahamkan, seorang individu terkorban dan beberapa bangunan serta lebuh raya rosak ekoran kejadian ini.

Selepas gempa bumi itu berlaku, penduduk di situ mendakwa langit b4ndar Acapulco dipenuhi dengan ‘cahaya misteri’. Khuatir dengan kej4dian ini, ramai yang melarikan diri ke jalan raya kerana gusar dengan keadaan bangunan yang bergoyang.

#Apocalipsis

Malah, pengguna Twitter di bandar itu menggunakan tanda pagar #Apocalipsis dalam ciapan mereka, yang membawa maksud hari kiamat dalam bahasa Sepanyol.

Bagaimanapun, dakwaan penduduk yang beranggapan cahaya misteri itu adalah petanda hari kiamat adalah tidak benar. Menurut ahli fizik dari Universiti Rutgers, Troy Shinbrot, dunia sudah lama kiamat jika kejadian cahaya misteri itu adalah petanda kepada pengakhiran dunia.

Ini kerana kejadian tersebut sudah lama terjadi dan ia berlaku secara berkala.

Menurut sesetengah saintis lain pula, cahaya itu mungkin terjadi kerana pergeseran batu di kerak bumi sehingga mengeluarkan tenaga ke atmosfera dan menghasilkan cahaya.

Kejadian ini amat menakjubkan kerana telah mencerahkan langit yang gelap di waktu malam, mungkin ini satu turutan daripada kejadian gempa tersebut.

Faktor sebenar kejadian ini terjadi masih tidak diketahui dan masih dalam penyiasatan saintis.

Sumber: Daily Star | LobakMerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!