(Video) Gara-Gara ‘Bosan’ Terperangkap Dalam ‘Jam’, Lelaki Nekad Lompat Dalam Sungai

Mungkin agak pelik, tapi itulah yang berlaku. Gara-gara ‘bosan’ tersekat dalam kesesakan lalu lintas, seorang lelaki berusia 26 tahun mengambil keputusan melompat ke dalam sungai yang jaraknya 100 kaki dari jambatan sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Metro UK, lel4ki yang dikenali sebagai Jimmy Jennings dari Louisiana itu terpaksa diselamatkan setel4h dia hampir lemas berenang melawan arus ketika terjun ke ke dalam Sungai Atchafalaya yang dipercayai dipenuhi buaya.

Aksi yang menunjukkan Jimmy belari bersebelahan dengan kereta sebelum melompat dari penghalang jambatan dan jatuh ke dalam air yang keruh, berjaya dirakam sebelum dimuatnaik ke laman Facbeook.

Jimmy memberitahu bahawa ketika itu dia merasa bosan menunggu dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Lafayette. Pihak berkuasa terpaksa menahan Jimmy kerana keputusan yang dibuat olehnya itu boleh mengundang maut.

Bercakap kepada Daily News, Jimmy mengatakan dia merasa bertuah kerana masih hidup setelah bergelut untuk berenang di sungai dengan arus yang kuat.

‘‘Ketika saya jatuh, saya hampir lemas beberapa kali, saya benar-benar menganggap bahawa ini adalah pengakhiran hidup saya dan saya meminta pengampunan kepada Tuhan,” kata Jimmy.

Jimmy juga menjelaskan bahawa dia dan rakannya telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dari dua jam disebabkan berlakunya kemalangan kereta di hadapan.

Dia mengatakan bahawa tujuan asalnya adalah untuk melompat ke Sungai Atchafalaya dan kemudian berenang kembali ke pantai dan melompat kembali ke kereta rakannya.

”Kami bosan di dalam trak. Saya melihat ke dalam sungai, rasanya tidak terlalu jauh. Sebaik sahaja terjun, saya seperti ya Tuhan, ini adalah idea paling bodoh,” kata Jimmy.

Setelah menyedari dia tidak dapat berenang ke tepi sungai, Jimmy terpaksa menunggu di dalam air selama tiga jam sementara kru penyelamat berusaha menyelamatkannya.

”Setelah saya berada di dalam air, mulut saya terbuka dan lengan kiri saya sakit. Saya cuba berenang ke pantai, tetapi arus terlalu kuat.

”Saya sangat letih berenang selama satu setengah jam. Lengan kiri saya sakit. Saya berpusing ke belakang dan akan menolak dengan tangan kanan dan kaki saya setiap kali saya berada di bawah. Saya berdoa sepanjang masa,” kata Jimmy.

Akhirnya, Jimmy mengatakan bahawa dia dapat berenang melawan arus dan merangkak kembali ke sebuah pantai di sebuah pulau kecil sebelum diselamatkan dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut Khory Vaughan, rakan kepada Jimmy, mereka sudah biasa dengan air dan juga kawasan itu, tetapi dia merasakan Jimmy tidak bersedia untuk apa yang bakal berlaku.

Lain macam dia punya bosan sampai hilang rasa takut terjun dalam sungai dari jambatan tinggi tu, menarik tapi seram sikit.

Sumber: Metro UK | Abc13 | Siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Kantoi cur4ng? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru

Dalam menjalin perhubungan cinta, perkara yang paling ditakuti adalah sekiranya si dia bersikap curang di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!