Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira panas atau hujan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Terbaru, pemergian seorang pengh4ntar makanan Foodpanda akibat melanggar sebuah kereta di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi semalam mengundang sebak ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi perkongsian posting di laman Facebook, ramai menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Afiq Rudhuan selain mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Berehatlah di dunia abadi

PU Azman juga kongsi dedikasi

Banyak bagi nasihat tentang agama

Moga keluarga tabah hadapi ujian

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, kereta Perodua Axia itu menggelungsur ke hadapan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang berkenaan.

Gambar menunjukkan motorsikal milik Muhammad Afiq Rudhuan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Alfatihah buat Muhammad Afiq Rudhuan, semoga arwah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, salam takziah buat keluarga arwah.

Sumber: Kosmo! Online (Zakkina Wati Ahmad Tarmizi) | OhMymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!