Macam Tulang Tersembul Keluar, Warga Emas Alami Ketumbuhan Aneh ”Devil Horn” Di Kepala

Seorang lelaki di India baru-baru ini telah mengucapkan selam4t tinggal pada sejenis ketumbuh4n yang mempunyai rupa seakan-akan tanduk sepanjang 10 cm yang tumbuh di atas kep4lanya.

Shyam Lal Yada, yang berasal dari Rahli di Madhya Pradesh, difahamkan telah mengalami kecederaan di kepala pada tahun 104, dan itulah yang menyebabkan terjadinya tanduk di kepalanya.

Pada mulanya, dia hanya membiarkan sahaja benjolan yang berada di kepalanya itu kerana tidak mendatangkan kesakitan terhadapnya. Akan tetapi, apabila benjolan tersebut mula mengeras dan mulai tumbuh semakin tinggi, lelaki yang berusia 74 tahun itu segera mendapatkan bantuan di sebuah hospital yang terletak di Sagar.

Dr. Vishal Gajbhiye yang merawat pesakit itu menyatakan bahawa ketumbuhan itu adalah sejenis ketumbuhan yang bernama sebaceous atau lebih dikenali sebagai tanduk syaitan.

Sebaceous mengandungi keratin dan kebiasaannya dijumpai di kuku kaki dan rambut.

Menurut Gajbhiye, dia telah berjaya mengeluarkan tanduk itu menggunakan pisau cukur yang disteril serta menampal kulit untuk menutup lubang yang ada di kepalanya selepas tanduk tersebut berjaya dikeluarkan.

South West News Service melap0rkan bahawa lelaki itu kini sud4h sembuh sepenuhny4.

Gajbhiye turut menyatakan bahawa, besar kemungkinan ketumbuhan itu akan terjadi lagi dan pastinya akan memerlukan rawatan di masa hadapan untuk membasmi ketumbuhan itu.

Menurut South West News Service, Gajbhiye telah menghantar kes tersebut ke International Journal of Surgery untuk dijadikan panduan pada masa akan datang kerana kes ini adalah kes yang jarang-jarang sekali berlaku.

Sumber: The Sun | SiakapKeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

M4ut dirempuh pemandu lawan arus, remaja selalu ‘up’ status minta maaf

Semalam, dua remaja menemui ajal selepas kereta dinaiki mereka dirempuh pemandu pacuan empat r0da yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!