Mak ‘guard’ cantik cari rezeki demi anak

Kuantan: “Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘π₯𝐨𝐰 𝐜π₯𝐚𝐬𝐬’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.

Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang seperti lelaki.

Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, di sini turut berkongsi kisahnya di tikt໐k yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.

Bercerita lanjut, Nurul Nazifah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau berkata, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.

“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.

 

“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hospital dan sekolah.

“Di hospital lebih mencabar malah saya pernah 𝐝𝐒𝐭𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫 pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐀,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.

“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.

“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.

“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Sepertinya ramai yang memandang hina sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang 𝐩𝐨𝐬𝐒𝐭𝐒𝐟.

Katanya, dia hanya mahu aura 𝐩𝐨𝐬𝐒𝐭𝐒𝐟 mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.

“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.

“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan 𝐟𝐒𝐳𝐒𝐀𝐚π₯ 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚π₯.

 

Sumber: Harian Metro

About admin

Check Also

Jiwa tenang di dasar laut, jejaka baru dapat lesen menyelam kongsi momen bertuah jumpa β€˜whale sh4rk’ di Pulau Redang – β€œBesar macam bas mini”

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka. Begitulah kisahnya mengen4i jejaka ini yang terserempak dengan seekor hidupan laut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!