Tumpas Dengan Alahan Tengok Rumah, Shaheizy Sam Bawa Syatilla Melvin Duduk Hotel – ‘Sanggup Bawa Televisyen Supaya Tak Bosan’

Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin mendedahkan dia mengalami alahan yang pelik iaitu berasa meloya apabila melihat rumahnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel

Dua minggu tak keluar rumah

Menerusi Instagram Syatilla, 30, dia telah memuat naik sebuah video yang memaparkan suaminya, Shaheizy Sam membawa sebuah televisyen menuju ke bilik hotel.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia sudah berusaha untuk berlawan dengan alahan tersebut dengan tidak keluar dari rumah selama dua minggu namun percubaan itu tetap gagal.

Sam terpaksa hadap alahan syatilla disebabkan dia yang mengandungkan anak sam. Sanggup bawak televisyen besar dari rumah supaya tidak bosan. Kalau dah bawa televisyen maksudnya bukan duduk sekejap eh.

Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni. Tewas akhirnya..

Rasa hidup tak ada kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, ʟᴇᴍʙɪᴋ ʟᴏɴɢʟᴀɪ badan.

Proses kehamilan luar biasa

Tambah finalis Dewi Remaja 2009/2010, proses kehamilan anak ketiga ini sangat ketara perbezaannya kerana sebelum ini dia masih mampu untuk keluar pergi ke set penggambaran.

Bagaimanapun, kata pelakon drama Sha & Shah, apa yang paling penting adalah anak yang sedang dikandungnya sihat serta sempurna sifat.

ᴅᴇᴍɪ ᴀʟʟᴀʜ ini kali pertama Tilla ada alahan macam ini, hamil sebelum ini langsung tak merasa, siap boleh pergi shooting hari-hari sampai perut besar!

Kali ini sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. ɪɴꜱʏᴀ-ᴀʟʟᴀʜ doakan baby nombor tiga ini sihat sempurna sifat. Itu paling penting.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia 4 tahun dan Sarimah Samheizy yang kini 2 tahun.

Sumber: OHBULAN!

About admin

Check Also

(Video) Dah Kejutkan Tapi Tak Bangun, Tular Video Pengantin Lelaki ‘Tidur M4ti’ Atas Pelamin Ketika Bersanding

Baru-baru ini tular sebuah vide0 di media sosial yang menunjukkan pengantin lel4ki di India sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!