Ada Tanda-Tanda Rasa Kebas Lepas Bangun Tidur? Mungkin Ini Petanda Untuk 5 Masalah Kesihatan Ini

Anda mesti pernah rasa kebas atau โ€˜๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ-๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญโ€™ lepas bangun tidur kan? Ia biasanya berlaku bila salah satu bahagian tubuh kita tertindih lama masa tidur sebab peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.

Rasa kebas sekali-sekala tak jadi masalah, tapi rasa kebas lepas bangun tidur boleh juga jadi petanda penyakit yang kita tak patut pandang remeh kalau ia berlaku dengan kerap. Hal ini kerana ia mungkin petanda 5 penyakit ini.

1. Carpal tunnel syndrome

Tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan adalah satu sebab penyakit ini. Selain kerap rasa โ€˜๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ-๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญโ€™ bila bangun tidur, simptom lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi lemah dan mudah lenguh.

2. Spondylosis serviks leher

Punca penyakit ini adalah daripada cengkaman tulang belakang pada leher dan ia biasanya berlaku dalam kalangan orang tua. Selain rasa kebas, simptom lain penyakit ini juga adalah tengkuk menjadi kaku dan kaki hilang sensasi.

3. Neuropati perifer

Kerosakan pada sistem saraf merupakan punca penyakit ini. Hal ini kerana saraf bertugas untuk terima dan kirim signal antara sistem saraf utama dan badan. Simptom biasa penyakit ini ialah rasa โ€˜๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ-๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญโ€™โ€™ dan badan rasa sakit bila bangun pagi dan telinga berdengung

4. Diabetes

Diabetes merupakan penyakit kronik yang berpunca gula dalam darah tinggi. Ia terjadi apabila badan tidak efektif memberi respons terhadap insulin. Salah satu simptom penyakit ini adalah kebas, badan rasa sengal, dan hilang deria rasa serta sentuhan pada kaki.

5. Kurang vitamin B12

Vitamin ini berfungsi untuk pastikan otak dan saraf berfungsi dengan sempurna. Tapi, kekurangan vitamin B12 ini juga berpotensi sebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun. Simptom sakit ini ialah badan rasa kebas, sakit sendi dan otot serta selera makan menurun.

Jadi guys, jangan ambil sambil lewa tau kalau selalu rasa โ€˜๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ-๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญโ€™ dan kebas lepas bangun tidur.

Sumber: Lobak Merah

About admin

Check Also

6 Tanda-Tanda Menjelang Sak4ratul M4ut dalam Islam- Moga Jadi Ped0man Buat Kita Semua

Merasakan tanda sakar4tul m4ut adalah sebuah berk4h Manusia sebagai makluk ciptaan ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ž๐˜› sejatinya menjalani …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!