‘Itu Bukan m4yat anakku’- 14 Tahun Masih Menunggu Jawapan..

Kuala Lumpur: Sejak penemuan m4yat seorang kanak-kanak perempuan berkeadaan tr4gis pada pagi 17 September 2007 dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya, Selangor, Jazimin Abdul Jalil tetap berpendirian itu bukanlah anaknya, Nurin Jazlin.

Sepanjang tempoh 14 tahun kejadian Nurin Jazlin hilang hingga kini, Jazimin, 47, berkata, dia masih mengingati pengecaman fizikal yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak berkenaan berlainan dengan ciri-ciri pada anaknya yang ketika itu berusia lapan tahun.

Beliau berkata, ini termasuk saiz gigi yang berbeza, tahi lalat hidup di paha dan ketiadaan parut suntikan pelalian Bacillus Calmette–Guerin (BCG).

“Dari dahulu lagi saya menafikan bahawa kanak-kanak itu Nurin Jazlin seperti kenyataan yang diulangi sebelum ini. Waktu itu saya perlu lunaskan fardu kifayah terhadap jen4zah kanak-kanak berkenaan untuk dikebumikan.

“Jenazah kanak-kanak itu ada tahi lalat hidup di paha yang hakikatnya tidak ada pada anak saya. Begitu juga dengan saiz gigi jenazah yang lebih besar berbanding Nurin Jazlin.

“Saya sudah tanya rakan pakar forensik adakah saiz gigi seseorang boleh berubah jika menjadi m4ngsa pender4an? Pakar forensik berkata tidak akan berlaku demikian.

“Kemudian jenazah kanak-kanak dikatakan Nurin Jazlin itu tidak mempunyai parut BCG sedangkan anak saya sudah mengambil pelalian berkenaan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di kedai makanan miliknya di Menara Teo Chew, Pekeliling, di sini, kelmarin.

Pada masa itu, katanya, tiada sesiapa yang menuntut jen4zah dan tiada sesiapa membuat lap0ran p0lis mengatakan kehilangan kanak-kanak atau kehilangan anak.

Menurutnya, ketika itu juga hasil daripada pemadanan ujian asid de0ksiribonukleik (DNA) yang didakwa mengesahkan m4yat kanak-kanak terbabit adalah Nurin Jazlin juga dipertikaikannya berikutan keputusannya diperoleh terlalu cepat.

“Saya pernah meminta supaya ujian pemadanan DNA dilakukan sekali lagi namun terpaksa saya batalkan apabila pihak berkuasa memberitahu ia akan menyebabkan jen4zah lebih lama di peti mayat.

“Memang pada waktu itu saya hanya mahu menunaikan fardu kifayah supaya pengurusan jen4zah kanak-kanak yang ditemui dapat disempurnakan segera walaupun enggan menerima dan mengakui itu Nurin Jazlin,” katanya.

Sehubungan itu, Jazimin meminta kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat k3s Nurin Jazlin.

“Itulah satu daripada langkah yang saya harapkan. Tubuhkan jawatankuasa khas. Jika kerajaan tubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari kebenaran kes Adib (anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim), Pulau Batu Putih dan Tommy Thomas (bekas Peguam Negara), saya nakkan keadilan untuk anak saya, Nurin Jazlin.

“Selama 14 tahun saya masih menunggu jawapan daripada pihak yang berwajib mengenai siapa pelaku kepada Nurin Jazlin,” katanya.

Jazimin berkata, dia ada membuat laporan p0lis pada Jun lalu selepas mendapat petunjuk lain daripada seorang individu warga Indonesia berhubung svspek k3s Nurin Jazlin, tetapi masih belum dapat reaksi p0sitif.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru itu, seorang lelaki Indonesia yang bekerja dalam bidang perkapalan dikatakan menculik Nurin Jazlin dan anaknya itu sudah dibawa ke negara jiran berkenaan. Katanya, dia tidak berniat untuk mencari publisiti apabila meminta pihak berkuasa melakukan siasatan semula kes Nurin Jazlin, sebaliknya semata-mata mahukan keadilan.

“Kalau pihak berwajib tak dapat anak saya dalam keadaan yang selamat, sekurang-kurangnya dapat si pelaku itu untuk dibawa ke muka pengadilan, baru saya berpuas hati. Baru saya boleh tidur lena. Kalau tidak saya asyik teringat sahaja.

“Kadang-kadang jam 3 pagi saya terjaga, saya teringatkannya. Sampai bila saya nak bersikap macam itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun berat mengakui mayat ditemui 14 tahun lalu itu dan yang dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak adalah Nurin Jazlin namun sekurang-kurangnya ada pusara untuk diziarahi daripada hilang begitu sahaja. Hingga kini, katanya, dia masih menyimpan pakaian sekolah yang ada tanda nama Nurin Jazlin sebagai kenangan walaupun ia semakin lama semakin lusuh.

“Pakaian Nurin Jazlin yang lain sudah disedekahkan kepada orang memerlukan,” katanya.

Mengenai perniagaan kedai makannya, Jazimin berkata, ada sebab dia meletakkan gambar besar Nurin Jazlin pada papan tanda dan sepanduk kedai di dua cawangannya. Menurutnya, ini kerana dia masih berharap jika Nurin Jazlin masih hidup, anaknya itu akan kembali pulang ke pangkuannya jika terpandangkan paparan gambar terbabit.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos 2007. Dia yang menghidap k0mplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilap0rkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Penjenayah yang dikatakan mencvliknya menyumbat m4yat m4ngsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Mayat itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai sebelum diadukan pada p0lis.

Polis kemudian berusaha menjejaki svspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kej4dian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan p0lis untuk mengecam wajah svspek.

Sumber: Harianmetro

About admin

Check Also

Kakitangan 4wam enggan div4ksin berdepan sekatan kenaikan gaji dan pangkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mengambil tind4kan disiplin terhadap kakitangan awam yang engg4n atau belum …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!