Bah4ya. Ustaz Ni Pesan Jangan Pandai–Pandai Baca Ayat Kursi Kalau Nampak M4khluk Gh4ib Tapi Lakukan Perkara Ini

“Kalau Ternampak ‘Makhluk’ Jangan Terus Baca Ayat Kursi”,..

Pesan Seorang Ustaz Muhamad Firdaus menunjukkan lokasi dia ternampak penampakan j1n yang menyerupai pontianak bertentangan kawasan R&R Genting Sempah.

Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena g4ngguan sy4itan dan j1n. Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh m4khluk halus.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32. Satu video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada 26 Oktober lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 661,000 kali dan mendapat 11,902 perkongsian di Facebook.

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak m4khluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memud4ratkan diri.

“Kalau benda itu (m4khluk halus) hantaran orang (s1hir) bermakna dia ada tugasan.

“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia pan4s, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.

“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Sebaiknya bapa kepada 2 cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika m4khluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.

“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.

“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.

Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.

“Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.

“Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni,” dakwanya.

Sumber: MajalahPerdana

About admin

Check Also

Kakitangan 4wam enggan div4ksin berdepan sekatan kenaikan gaji dan pangkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mengambil tind4kan disiplin terhadap kakitangan awam yang engg4n atau belum …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!