Saintis Temui Burung Punyai Ciri-ciri 2 J4ntina Serentak Pada Badan, Ib4ratkan Seperti ‘Unicorn’

Baru-baru ini, sekumpulan saintis dari Pennsylvania, US menemui penemuan men4kjubkan iaitu seekor burung eksotik unik yang bersifat gynandromorphic, bermaksud memiliki ciri-ciri 2 j4ntina serentak pada badannya.

Menerusi laporan Popular Mechanics, saintis tersebut berkata, burung g0sbeak ‘berdada-mawar’ (Pheucticus ludovicianus) yang ditemuinya itu mempunyai belahan rata di tengah-tengah badan serta 2 warna bulu yang berbeza.

Jelas mereka, bulu berwarna merah di bahagian sayap kanan menunjukkan sifat j4ntan, manakala bulu berwarna kuning keemasan di bahagian sayap kiri pula menunjukkan sifat betin4.

“Berasa sangat teruja untuk melihat sesuatu yang jarang berl4ku secara dekat dan (kami) sedang menikmati pengalaman unik sekali dalam seumur hidup,” kata saintis dari pusat penyelidikan Rizab Semulajadi Powdermill, Muzium Sejarah Alam Semulajadi Carnegie itu.

Sementara itu, pengurus pr0gram pelabelan burung Powdermill, Annie Lindsay berkata, salah seorang penyelidik menganggap pengalaman mereka itu sangat men4kjubkan, ibarat seperti melihat ‘Unicorn’. Jelas Annie, hal tersebut kerana pusat penyelidikan itu sudah menjalankan kajian dan pelabelan ke atas kira-kira 13,000 ekor burung sejak 1962 lalu, selain beratus-ribu ekor burung lagi yang ditemui penyelidik di lapangan.

Walau bagaimanapun, boleh dikatakan spesies burung yang memiliki ciri-ciri gynandromorphic seperti grosbeak berdada-mawar yang ditemui mereka ini hanya kurang 10 ekor sahaja setakat ini.

Katanya, kali terakhir burung yang memiliki 2 ciri-ciri jantina serentak yang berjaya ditemui mereka adalah pada sekitar 2005 dahulu, iaitu dipercayai daripada spesies burung yang sama.

Sementara itu, p0rtal sains, Science Alert berpendapat, kewujudan burung tersebut adalah terhasil daripada genetik yang biasa, namun belum dapat dipastikan melalui ujian d4rah mahupun bedah si4sat.

“Ginandromorphism dua hala, walaupun sangat luar biasa, (namun) ia adalah perkara biasa dan memberi contoh yang sangat baik tentang proses genetik yang menarik yang jarang ditemui orang,” kata Annie.

Sumber: Siakapkeli

About admin

Check Also

Kakitangan 4wam enggan div4ksin berdepan sekatan kenaikan gaji dan pangkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mengambil tind4kan disiplin terhadap kakitangan awam yang engg4n atau belum …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!