Tak Puas Hati Dengan Pembahagian H4rta Mendiang Ayah, Lelaki Ditik4m Abang Yang Dicari Selama 24 Tahun

Pertemuan semula dengan ahli keluarga yang sudah lama terpisah selalunya merupakan sesuatu yang menggembirakan. Namun begitu, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki Itali ini yang kini dimasukkan ke hospital selepas ditik4m adik-beradiknya sendiri.

LADBible melap0rkan, Martin Rabanser, 35, menghabiskan masa 24 tahun mencari abang kandungnya, Ivo, yang meninggalkan kediaman keluarga mereka ketika berusia 18 tahun susulan kem4tian bapa mereka. Namun begitu, Martin berjumpa semula dengan abangnya itu selepas Ivo memecah masuk rumahnya dan menik4m dirinya diatas katil.

Menurut peguam Martin, Nicola Nettis, pada mulanya, Martin tak mengenali abangnya kerana sudah lebih 20 tahun tak berjumpa. Ivo, yang kini sudah berusia 42, kemudiannya selamba mended4hkan identitinya semasa dia menik4m dada Martin.

“Salah satu teori mengenai motif kejadian adalah kerana Ivo marah kerana tak bersetuju dengan syarat pembahagian harta mendiang bapa mereka termasuklah rumah yang kini didiami Martin,” kata Nettis.

Difahamkan, ketika Ivo menghilangkan diri pada tahun 1997, keluarganya ada membuat rayuan di Italian TV supaya lelaki itu pulang. Tapi, tiada jawapan.

Hasil sias4tan p0lis kemudiannya mendedahkan, Ivo yang sebelum ini berada di Verona kembali semula ke kawasan tempat tinggalnya dahulu dengan menaiki basikal dan memilih untuk tinggal di sebuah hutan berhampiran. Di situ, dia dikatakan telah memerhatikan adiknya, Martin, yang kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.

“Dia (Ivo) menunggu sehingga malam sebelum memecah masuk rumah adiknya sendiri dan membawa sekurang-kurangnya dua bilah pis4u. Dia masuk ke bilik tidur dan terus menik4m Martin di dada tanpa berkata apa-apa,” kata Nettis lagi.

Media tempatan, dalam pada itu, melaporkan, isteri Martin cuba untuk membantu namun wanita itu disembur dengan penyembur lada sebelum dia menelefon p0lis untuk bantuan. Dalam temu bual bersama p0lis pula, Ivo mendedahkan dia memang m4rah dengan adiknya itu tapi tidak berniat untuk membunuhnya.

“Saya duduk dengan dia semasa dia sedang dalam kesakitan selepas ditik4m. Saya boleh je nak bvnuh dia terus tapi saya memilih untuk ke dapur dan ketika itulah saya ditangkap,” katanya.

Martin yang cedera parah ditik4m di paru-paru dikejarkan ke hospital dimana keadaannya kini dilaporkan stabil. Motif sebenar kej4dian masih dalam siasatan.

Sumber: Lobakmerah

About admin

Check Also

Kakitangan 4wam enggan div4ksin berdepan sekatan kenaikan gaji dan pangkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mengambil tind4kan disiplin terhadap kakitangan awam yang engg4n atau belum …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!