Terengganu Kembali Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Kelantan Meningkat

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali dilanda b4njir manakala Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah m4ngsa di pusat pemindahan sementara (PPS), petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga esok.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan Dungun menjadi daerah pertama dilanda b4njir gel0mbang ketiga apabila PPS Dewan Or4ng Ramai Kampung Pasir Raja dibuka pada pukul 4 petang yang menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga.

Banjir gelombang kedua melanda negeri itu pada 17 hingga 21 Dis lepas menyaksikan seramai 423 mangsa daripada 122 keluarga dipindahkan ke PPS di Setiu, Dungun dan Kemaman.

Di KELANTAN, jumlah m4ngsa b4njir di negeri itu meningkat kepada 856 orang daripada 245 keluarga setakat 6 petang ini, berbanding 501 orang d4ripada 142 keluarga, tengah hari tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), 11 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu tujuh di Jeli dan empat di Kuala Krai.

Sementara itu, portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bah4ya iaitu Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli dengan merekodkan bacaan 29.58 meter (m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.69 m).

Portal rasmi pengurusan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan jalan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air.

Di PAHANG, jumlah m4ngsa b4njir berkurangan kepada 4,368 orang di 38 PPS di daerah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Maran.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan hanya Jalan Kampung Belimbing di Maran yang masih ditutup petang tadi, berbanding enam di lima daerah pada sebelah pagi.

Laman web JPS pula melaporkan Sungai Cherating di Kuantan berada para paras bahaya dengan trend menurun, manakala lima sungai pada paras waspada iaitu Sungai Kundang di Maran, Sungai Dong (Raub), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong) dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau serta Sungai Lembing, kedua-duanya di Kuantan.

Sementara itu, situasi di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula menunjukkan keadaan banjir semakin pulih.

Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa di negeri itu kini 466 orang melibatkan 132 keluarga yang dit3mpatkan di empat PPS.

Empat PPS tersebut adalah Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang).

Di NEGERI SEMBILAN, mangsa banjir kekal 29 individu manakala di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS tunggal yang menempatkan mangsa banjir di Jasin telah ditutup pada 2 petang tadi.

Sumber: BERNAMA | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Aksii Kuucing Seakaan Diuusap ‘Sesuatu’ Buat Ramai Tertanya2

Satu video yang mem4parkan seekoor kucing berwaarna oren di atas bumbung yang berkelakuan pelik telah …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!