“Jangan tergedik2”, Ustaz Bagi Teguran ‘Setepek’ Dekat Sabrina, Netizen Puas Hati

Boleh dikatakan isu seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan iaitu Sabrina telah mendapat perhatian sampai ke hari ini gara-gara kenyataan yang diberikan kepada media.

Sabrina mengatakan, walaupun dia seorang hijabis, tidak salah untuk dia menari dan membuat dance cover tarian K-pop kerana dunia sudah semakin maju. Kenyataan ini jeelas membuatkan ramai netizen marah.

Disebabkan kecaman tentang dirinya tular hampir di semua meedia sosial, ramai yang tampil memberikan respon dan pendapat masing-masing sampaaikan menarik perhatian beberapa golongan pakar agama.

“Jangan sampai tergedik-gedik depan orang”

Namun, satu video stitch yang dimuat naik oleh seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Shariff Al-Azhari di TikToknya @shariffalazhari telah memberi kenyataan ‘savage’ tentang isu Sabrina.

Dalam video itu, ustaz tersebut mengatakan bahawa seseorang itu tidak salah untuk menari mengikut jenis tarian yang mereka minati namun janganlah sampai melebih-lebih sehingga mengundang salah faham.

“Nak menari tu boleh tapi janganlah sampai tergedik-gedik depan orang., jangan sampai menampakkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan” – Ulas ustaz

Mengulas lagi tentang isu tersebut yang menjadi buah mulut orang ramai, ustaz ini menegaskan bahawa perkara yang dilarang adalah apabila tarian seseorang itu boleh menimbulkan rangsangan seksual kepada orang yang menonton.

“Puas hati aku dengar, semoga cepat insaf…”

Video berdurasi 59 saat itu telah mendapat respon positif dari netizen kerana kebanyakannya mengatakan bahawa perkara yang mereka marahkan telah dihujahkan oleh ustaz tersebut dengan lebih jelas.

Kesimpulannya, orang ramai mengharapkan agar isu yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kaum wanita berhijab di luar sana untuk sentiasa tahu batas-batas agama yang sepatutnya diikuti.

Betul lah apa ustaz tu cakap, tak salah untuk menari sebagai hiburan sendiri tapi title ‘sopan’ tu masih lagi kena jaga okay?

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

DULU AKU MAINKAN ANAK OR̷ANG. LEP̷AS 15 T̷AHUN, KIFAR̷AH AKH̷IRNYA TIBA. AN̷AK KU PULA JAD̷I M̷ANGSA SUAMI OR̷ANG

#Foto sekadar hiasan. | Saya Kes̷al Pern̷ah Ros̷ak Maru̷ah An̷ak Or̷ang Assalammualaikum w.b.t dan salam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *