[VIDEO] Kereta Dah Bayaar Tol Taapi Tak Sempat Keluar Sebab Palang Tutup Balik Lepas Motor Lalu

Satu keistimewaan bagi penunggang motosikal adalah tidak perlu membayar tol selain daripada menjimatkan perbelanjaan petrol. Diseebabkan itu, sudah semestinya mereka perlu mengikut laluan khusus yang telah disediakan agar tidak mengganggu aliran kenderaan lain ketika berada di plaza tol.

Walaubagaimanapun masih ada segelintir yang memiilih untuk ‘cilok’ di tepi palang, perkara ini boleh mendatangkan kemarahan pengguna kenderaan pacuan empat roda kerana insiden seperti dalam video di bawah ini boleh berlaku.

Bayar tol, motor pergi lalu, palang tutup, kena bayar lagi.

Satu rakaman daripada dashcam sebuah kereta viral setelah ia dikongsikan di Facebook, rakaman yang memperlihatkan kereta sedang berada di sebuah plaza tol.

Dalam video itu, pemandu ada membayar tol dan kelihatan palang terbuka, namun ada sebuah motosikal lalu dan menyebabkan palang kembali tertutup sebelum pemandu itu memulakan perjalanan mereka.

Menyusahkan pengguna lain – Netizen

Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenalpasti, kelakuan dia telah mengundang kecaman orang ramai kerana tidak menggunakan laluan khusus tetapi memilih untuk ‘memperdajalkan’ pengguna jalan lain.

Dalam masa 21 jam ia dimuatnaik, video ini telah meraih lebih daripada 68K jumlah tontonan, ramai juga yang kongsikan pengalaman seakan sama seperti dalam video ini tetapi dalam situasi yang berlainan.

Ada juga yang kongsikan maklumat nombor kenderaan daripada penunggang tersebut. Apapun diharap isu ini dapat perhatian pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : lobakMerah

About admin

Check Also

DULU AKU MAINKAN ANAK OR̷ANG. LEP̷AS 15 T̷AHUN, KIFAR̷AH AKH̷IRNYA TIBA. AN̷AK KU PULA JAD̷I M̷ANGSA SUAMI OR̷ANG

#Foto sekadar hiasan. | Saya Kes̷al Pern̷ah Ros̷ak Maru̷ah An̷ak Or̷ang Assalammualaikum w.b.t dan salam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *