[VIDEO] Jatuh sendiri tapi puukul orang lain, video budak ‘naik angin’ tuai kecaman netizen

VIDEO ADA DIHUJUNG ARTIKEL

Kerenah anak-anak di hari raya sememangnya kerap kali menjadi perdebatan di media sosial. Mana tidaknya, ada kala tindakan mereka yang diluar kawalan orang tua boleh membuatkan tuan rumah kurang selesa lebih-lebih lagi jika mereka mulai buaat ‘perangai’.

Perangai budak2

Selain dari tingkah laku yang kurang terkawal, ada ketiika mood mereka juga sukar dijangka kerana boleh jadi ‘berangin’ dengan tiba-tiba.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Atirah Rahani dan video berkenaan dimuat naik semula di Twitter sehingga menjadi perdebatan ramai.

Punca orang tak suka budak2

Menerusi video tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat sangat ‘lincah’ sehingga mengganggu kelancaran sesi membuat video sempena hari raya.

Namun secara tiba-tiba dia memukul salah seorang kanak-kanak lain selepas dirinya terjatuh sewaktu mahu mengganggu kamera.

Disebabkan itu, pelbagai komen diterima daripada netizen yang merasakan tindakan kanak-kanak tersebut adalah salah satu sebab mengapa mereka tidak suka akan budah-budak.

Jelaskan hal sebenar. Katanya budak baik

Walau bagaimanapun, pemilik video tersebut telah menjelaskan hal sebenar tentang kejadian yang dikongsikan itu. Menurutnya apa yang terjadi tidak seperti yang diperdebatkan kerana kanak-kanak tersebut elok sahaja dan semuanya kembali tenang.

Salute mak bapak yang tahu handle anak2

Penjelasan itu dibuat selepas video yang dikongsikan sebelum ini meraih satu juta tontonan dan pelbagai komen-komen diterima di ruangan tersebut.

Dalam perkongsian itu juga, orang ramai masih lagi menghakimi kanak-kanak terbabit kerana bersikap sebegitu tanpa sebarang teguran daripada orang dewasa.

Rata-rata berpendapat kerenah sebegitu sepatutnya ditegah sedari awal supaya tidak terbawa-bawa sehingga ke tua kelak.

Video :

Sumber: Twitter @bellasxrddn TikTok @atirahrahani | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.