[VIDEO] King Myvi Berwaarna Biru Buaat Hal, Tunjuk Lagak Saamseng Buli Pengguna Jalan Raya Lain

Sudah menjadi asas apabila memandu di jalaan raaya, jangan memotong di jalan yang hanya mempunyai satu lorong. Lebih-lebih lagi apabila jalan dari arah bertentangan mempunyai kereta.

Baru-baru ini, tular satu video rakaman yang menunjukkan sebuah Myvi berwarna biru memandu secara merbahaya dan membuli pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan video yang dimuat naik, Myvi ini pada mulanya cuba memotong kereta di hadapan dengan bergerak ke bahagian jalan khusus untuk kenderaan dari arah bententangan.

Melihatkan ada kereta dari arah hadapan, Myvi tersebut terus menghampiri dan masuk ke hadapan sebuah kereta secara merbahaya dan laju. Jarak di antaara Myvi dan kereta di belakang juga kelihatan amat rapat dan hampir belanggar.

Mungkin berang dihon berkali-kali oleh kenderaan lain, Myvi tersebut menunjukkan lagak samseng dengan brek berkali-kali untuk membuli kenderaan di belakang.

Video ini tular di media sosial dan mengundang kecaman warganet terhadap cara pemanduan pemandu Myvi berwarna biru tersebut. Rata-rata warganet berpendapat Myvi tersebut tidak sepatutnya memotong di jalan tersebut.

Namun, ada juga yang berpendapat pemandu yang dibuli itu perlu bersikap timbang rasa terhadap kereta Myvi tersebut.

“Kalau aku bwk wife n ank2 kne cmneh..mgkin aku mengalah..tp kalau aku sorang2,aku kejar smpai dpt woiii”, komen seorang warganet.

Kredit: Utusan TV | LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] “Dia berkenan sebab bau waangi…” Gadis ‘Buuka Cerita’ Diambil Bunian Ketika Dalam Kandungan Ibu

Orang bunian ialah makhluk halus yang banyak disebut dalam cerita rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.