[VIDEO] Datang Semula Seleepas Berbulan, Ibu Beruang Rupanya Mahu Perkenalkan Anak-anaknya Kepada Sahabat Manusianya

Tahukah anda, seperti manusia, terdapat juga haiwan yang mempunyai sifat ramah dan kekeluargaan terutama kepada manusia atau makhluk yang berbuat baik atau pernah menolong dan menyelamatkannya.

Salah satu buktinya adalah kisah seekor beruang bersama dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Patrick Conley di Asheville, North Carolina, Amerika Syarikat.

Lelaki ini menemui beruang yang diberi nama Simone itu ketika dia berjalan-jalan disekitar hutan. Beruang ini seringkali dilihat merayau-rayau di kawasan berdekatan rumah Patrick hingga akhirnya mereka telah menjadi rapat dan menjadi kawan baik.

Persahabatan mereka menjadi semakin erat dan beruang itu sudah semakin kerap datang ke rumah Patrick. Sedar bahawa beruang itu sering datang ke rumahnya, Patrick biasanya akan menyediakan makanan buat beruang tersebut di garajnya dan persahabatan mereka dikatakan telah berlarutan sehingga 4 tahun.

Dalam tempoh masa itu, beruang itu kadangkala menghilangkan diri malah sampai berbulan-bulan sebelum muncul semula di rumah Patrick.

Walaubagaimanapun, pada satu hari, kemunculan semula beruang betina itu di depan rumahnya telah menyebabkan Patrick gembira dan juga terkejut pada masa yang sama.

Apa tidaknya selepas menyedari rupanya beruang tersebut ternyata tidak datang bersendirian, tetapi turut membawa bersama anak-anaknya sekali!

Beruang itu seakan-akan mahu memperkenalkan dua ekor anaknya kepada Patrick yang mungkin sudah dianggapnya sebagai keluarga sendiri.

Pada mulanya, anak-anak beruang tersebut dilihat malu-malu untuk keluar tetapi akhirnya keluar memunculkan diri selepas disuruh oleh Simone, ibu mereka.

Teruja dan terharu melihat keadaan tersebut, Patrick pun mengambil kesempatan untuk merakam video Simone dan anak-anaknya.

Kedua-dua anak beruang itu dilihat bermain-main di kawasan persekitaran dengan cuba memanjat pokok yang berhampiran sambil diperhatikan oleh ibu mereka dalam jarak dekat.

VIDEO:

“Anak beruang adalah benda yang paling comel yang pernah berjalan di hutan ini,” ujar Patrick dalam videonya.

Selepas beberapa ketika, ibu beruang, Simone seolah-olah memberi isyarat bahawa sudah masanya untuk mereka beredar dan akhirnya ibu beruang dan anak-anaknya pun menghilangkan diri masuk kedalam hutan.

Sumber :nangtimes

About admin

Check Also

“Ditidurkan Akibat Kurang Oksiigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu.

BAPA kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 pagi hari Ahad di Hospital …

Leave a Reply

Your email address will not be published.