[VIDEO] Jus & Potongan Buah Maangga Dicampur Dalaam Maaggi, Sedap Ke?

Mi segera jenama Maggi telah sekian lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Zaman duduk asrama atau kolej dulu, memang Maggi akaan jadi kawan baik student sebab murah dan sedap terutamanya waktu hujung bulan time poket dah kering.

Selalunya orang akan masukkan sayur dan telur dalam resepi mi segera namun di sebuah gerai di India ini pula, mereka telah mencampurkan jus mangga dan potongan buah mangga ke dalam mi segera jenama Maggi itu!

Memetik laporan Liputan6, video masakan mi segera unik itu telah dikongsikan di Instagram thegreatindianfoodie.

Dapat dilihat dalam video berkenaan bahawa perencah mi segera itu dimasukkan ke dalam kuali, sama seperti cara yang kita guna untuk masak Maggi.

Cuma bezanya, jus mangga turut ditambahkan dan akhirnya, potongan buah mangga juga diletakkan di atas mi berkenaan.

Menu campuran Maggi mangga itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berminat nak cuba dan ada juga yang bingung dengan idea campuran bahan tersebut dalam masakan mi segera.

Untuk pengetahuan semua, jenama Maggi juga amat terkenal di India dan telah menjadi kegemaran penduduk di sana.

Apa pula pendapat korang? Ada rasa terliur nak cuba tak?

Sumber: Liputan6, Instagram @thegreatindianfoodie | LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.