“Alih palang pakai tangan je”, Awal Buka Mulut Kes ‘Khianaat’, Ini Rupanya Sebab2nya

Semalam agak kecoh di media sosial bila Awal Ashaari telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar di Challis Damansara hingga menyebabkan pihak pengurusan di sana mengalami kerugian sebanyak RM600.

Ekoran ini, pengacara popular tersebut menerusi Instagram semalam telah membuat siaran langsung bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Pihak pengurusan halang masuk ke rumah sebab tak bayar yuran pengurusan
Menurut Awal, dia dan keluarganya telah berpindah ke rumah baharu namun masih menjadikan rumah lamanya sebagai rumah kedua.

Pun begitu, apabila dia ingin masuk ke rumah lamanya itu, dia telah dihalang oleh pihak pengurusan ekoran gagal menjelaskan yuran pengurusan yang tertunggak.

Jelasnya, ekoran sibuk menguruskan hal di rumah baru, Awal mengaku telah terlambat untuk membayar wang pengurusan namun meminta jasa baik pihak pengurusan untuk membenarkan dia dan tetamunya untuk masuk ke rumah.

Walaupun selepas meminta secara baik untuk dibenarkan masuk ke rumah, pihak pengurusan di sana tetap menghalang Awal sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk masuk sendiri dengan mengalihkan palang menggunakan tangan.

Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya..”

Tegas Awal, dia tidak melanggar pagar tersebut sehingga merosakkan palang itu dan hanya mengalihkannya menggunakan tangan.

Tambah Awal, dia kesal apabila pihak pengurusan enggan bertolak ansur langsung walaupun dia dah duduk di sana sejak 14 tahun yang lalu dan tak pernah terlepas dari membayar yuran pengurusan.

Bila saya dah masuk rumah baru saya tahu dorang buat laporan polis sebab masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada.”

Awal berkata, tujuan dia membuat video penjelasan ini adalah kerana ingin memperbetulkan tanggapan orang ramai yang ingatkan dia telah merosakkan dan melanggar harta pihak pengurusan.

Saya tak langgar harta sesiapa, saya cuma alihkan palang. Tak ada sesiapa cedera, tak ada sesiapa kena pukul, cuma sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.”

Begitulah kisahnya… Setahu min, kalau tak bayar maintenance fee ni, pihak pengurusan ada hak untuk tak kasi guna fasiliti je bukannya sampai boleh halang orang masuk rumah sendiri. Apa-apa pun harapnya kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

“Ditidurkan Akibat Kurang Oksiigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu.

BAPA kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 pagi hari Ahad di Hospital …

Leave a Reply

Your email address will not be published.