“Tarik Rambut, Hantuuk Kepala & Pijak Pelajar” Guru Mengamvk Pelajar Tidur Dlm Kelas.

Hanya kerana tertidur di dalam kelas, seorang guru telah menarik rambut seorang pelajar dengan kuat lalu menghantuk kepalanya ke meja berulang kali.

Bukan itu saja, guru yang dikenali dengan nama Ma itu turut mengheret pelajar berkenaan dari kerusi dan dipaksa berdiri di hadapan kelas sambil dilihat oleh pelajar lain. Pelajar itu kemudian ditolak jatuh ke atas lantai lantas belakang badannya dipijak.

video bawah

Diarahkan bercuti

Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian, China itu mengakibatkan guru tersebut diarahkan bercuti selapas rakamannya memukul pelajar dengan nama keluarga Liu itu tersebar.

Pelajar malang itu sempat dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, risau terdapat sebarang kecederaan.

Tiada kecederaan pelajar

“Video seorang guru memukul pelajar sekolah di Zhaotang, wilayah Yunan telah tular di internet. Klip itu merakamkan kejadian yang benar-benar berlaku pada 10 Mei lalu di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.”

“Selepas kejadian, Biro Pendidikan dan Sukan daerah Ludian terus menghantar pelajar bernama Liu itu ke hospital daerah untuk pemeriksaan.

“Tiada kecederaan dalam pemeriksaan awal dan mangsa dihantar kembali ke sekolah untuk belajar.”

Geram datang sekolah rambut panjang, guru lelaki potong rambut pelajar ‘style’ botak tengah
Bengang pelajar datangke sekolah dengan berambut panjang, seorang guru bertindak memotong rambut mereka dengan fesyen botak tengah. Kejadian itu dirakam secara curi-curi seorang pelajar dan memuat naik video berkenaan di laman sosial.

Namun begitu, Pengarah sekolah Suranee Wittaya 2 di daerah Mueng melaporkan guru berkenaan telah meminta maaf kepada 10 pelajar berkenaan dan telah diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Tindakan guru dianggap tak wajar
Menerusi Kosmo, seorang wartawan tempatan telah membincangkan tindakan guru berkenaan bersama dengan Pesuruhjaya Pendidikan wilayah Nakhon Ratchasima, Krittapol Chutikulkirati.

“Selepas dua tahun melaksanakan pembelajaran secara atas talian, ramai pelajar kembali ke sekolah dengan rambut yang panjang, bertentangan dengan peraturan Kementerian Pendidikan.”

“Guru bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan kementerian, jadi mungkin sebab itu dia menghukum mereka seperti itu.”

Walaubagaimanapun, Krittapol menyifatkan tindakan guru terbabit sebagai tidak wajar.

Tak boleh potong rambut botak tengah sebagai hukuman
Krittapol kemudian turut menegur dan menasihatkan semua guru sekolah rendah dan menengah di wilayah itu supaya tidak menggunting rambut pelajar ‘botak tengah’ sebagai satu bentuk hukuman.

“Walaupun kelakuannya tidak dibenarkan, guru itu tidak akan dipecat daripada jawatannya kerana ia bukan satu kesalahan disiplin yang serius.”

Tambah Krittapol, siasatan harus dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Menengah wilayah itu ke atas insiden berkenaan.

Netizen rata-rata mengecam tindakan guru itu yang dianggap tidak wajar serta melanggar hak peribadi.

SUMBER : Kosmo, Redaksi | Figuraku

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.