Sampai Berebut-rebut, netlzen sedlh tengook tetamu rebut KFC di rumah terbuka

Bagi warga kota, segelintir mereka meluangkan masa bagi menghadiri rumaah terbuka menjelang hujung Syawal ini. Apatah lagi jika diadakan di Dataran Merdeka, dapat juga disambut meriah dengan masyarakat lain.

Tapi lain pula situasi bagi sekumpulan pengunjung apabila terpaksa bersesak-sesak bagi mendapatkan sekotak Kentucky Fried Chicken (KFC) percuma di rumah terbuka anjuran sebuah organisasi dipercayai berlangsung semalam.

Seorang pengguna aplikasi TlkTok, @hizamsanordin memuat naik satu video memaparkan aksi orang ramai berhimpit tanpa menjaga jarak fizikal untuk mendapatkan makanan segera itu dari sebuah gerai.

Meskipun beberapa petugas di situ cuba mengawal keadaan, namun pengunjung masing-masing dilihat terus berebut dan menolak antara satu sama lain sekali gus menimbulkan sedikit kekecohan.

“Nampaknya riuh di sini, ni kaunter berapa ni. Gila ramaai kaw-kaw, belakang ni semua belum dapat. Bawa bersabar,” kata pemilik video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 233,000 tontonan itu dihujani lebih 1,000 komen yang rata-rata kesal melihat situasi itu berlaku dalam negara ini.

Netizen berkata, mereka sanggup kelaparan daripada bersesak-sesak selain menyalahkan pihak penganjur yang tidak menetapkan peraturan seperti memberi arahan untuk beratur atau sebagainya.

Sedlh, malu tengok.

video :

Jangan pertikai mereka yang berebut, benda percuma siapa tak nak kan? Mungkin ada yang tak mampu beli KFC. Dalam situasi ni, pihak penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Sumber : OMM | Figuraku

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.