Penafian: Artikel ini meng4ndungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Isu g4ngguan s3ksual bukanlah satu perkara yang b0leh diambil ringan oleh mana2 pihak dan setiap kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa haruslah diambil serius demi membendung gejala ini dari terus berleluasa.
Pun begitu, baru2 ini seorang gadis @awwinnn_ di Twitter mendedahkan bahawa setahun yang lalu dia telah menerima g4ngguan s3ksual dari pensyarahnya.
Laporan mengenai kes itu telah dibuat kepada p0lis, namun sehingga sekarang masih tiada jawapannya.
Lepas 1 tahun lebih kes ni . Baru harini ada keberanian nak cerita dekat public. Selamani diamkan diri serahkan semuanya dekat polis&uitm. But till now still nothing. pic.twitter.com/25e9b7qdeR
— Farah azuin (@awwinnn_) August 16, 2022
Pensyarah minta buat soalan kaji selidik luc4h?
Menurutnya, semua ini bermula apabila dia menghantar pesanan Whatsapp kepada pensyarahnya untuk bertanyakan mengenai assignment.
Walau bagaimanapun, pensyarah berkenaan meminta dia menjawab soalan kaji selidik yang kalau dilihat pada soalannya ia berunsur luc4h.
Korang boleh tengok lebih lanjut di sini. Cuma nak ingatkan soalan2nya agak kurang menyenangkan. Jadi korang boleh skip kalau rasa tak selesa.
Menurutnya, ketika menjawab soalan tersebut dia hanya bersangka baik dengan pensyarah tersebut memandangkan banyak kes s3xu4l har4ssm3nt berlaku semenjak dua menjak ini.
Namun perkara ini bertambah buruk apabila pensyarah mula membuat panggilan telefon dan bertanyakan soalan ‘kot0r’ serta mengajak melakukan on4ni.
Sepanjang call for the first time tu i mcm clueless mcm bodoh ke apa tak boleh fikir still nak sangka baik even sir keep talking nonsense ye. Siap cerita pengalaman dia buat itu ini dgn student. Until i tanya my grp assignment i ni kena sexual harassment ke
— Farah azuin (@awwinnn_) August 16, 2022
Alami trauma, pelajar kumpul bukti dan buat laporan
Tambah @awwinnn_ lagi, setelah menyedari dirinya menerima g4ngguan s3ksual dan trauma akibat kes itu, dia bercadang untuk mengumpul bukti yang mana kemudian membuat lap0ran p0lis.
Dakwanya, pihak p0lis juga sudah menerima segala bukti kes termasuklah telefon pintar dan sim card yang digunakan untuk proses for3nsik.
Namun setelah setahun berlalu sampailah sekarang, masih tiada update berkenaan kes tersebut dan pihak p0lis hanya memberi jawapan analisis for3nsik masih belum siap.
Bercakap kepada Lobak Merah, gadis ini juga berkata kertas siasatan mengenai kesnya itu masih lagi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) p0lis sahaja.
Dia yang baru menamatkan pengajiannya pada Mac lalu juga telah dihubungi pihak universiti berkaitan hal ini. Namun menurutnya, pihak universiti hanya bertanyakan mengenai sama ada kes ini telah digugurkan ataupun tidak.
Katanya lagi, kes ini masih lagi berjalan dan dia sudah bertanyakan kepada pegawai yang bertugas untuk mengesahkan status kesnya itu.
Apa2pun diharapkan pihak berwajib dapatlah berbuat sesuatu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku. Isu seperti ini tidak harus dipandang enteng kerana bimbang banyak lagi kes begini berlaku.
Sumber : LobakMerah